Showing posts with label lppkn. Show all posts
Showing posts with label lppkn. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

JUMPA DOKTOR H LAGI

assalamualaikum.
Miss P dah datang hari tu. Bermakna iui failed.
Sedih jugak tapi dah boleh rasa pun.
Takpe la aku pun dah plan nak buat iui kali kedua utk next cycle. Aku dah pun jumpa DR Hamizah pada 3/12/2013.
So aku fikir DR akan tukar ubat kpd puregon rupa2 nya tak. DR suggest increase dose gonal f dari 75iu kepada 150iu. Kali ni doctor bagi inject guna pen utk 2hari.Bagi dose hari ketiga aku kena combine gonal f 75 iu x 2








main cucuk2 perut lagi aku bulan ni. Bulan lepas ketar tgn nak benam kan jarum ke lemak perut ni. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok. Syok pulak main cucuk2. hihi.
 Doktor juga prescribe clomid 100mg utk 5hari mcm cycle yg lepas jugak la.

Ubat hormon2 ni memang ada side effect aku pun dah rasa. tapi xde la kronik pun. rasa sakit2 badan sakit pinggang jugak la.

Masa hari ke-2 period hari tu aku ada buat blood test untuk tengok FSH & LH.
Doktor tak suruh pun aku saja nk tgk hormon ok ke tak. Result hari tu dah dpt. Alhamdulilah FSH dah normal 6.60 mmol. Dah turun.

Jumlah rawatan utk kali ni agak mahal drpd sebelum ini sebab dose ubat dah tambah. Nasib la aku dah standby bawa duit lebih awal2. Suami offer pakai kad kredit dia kekonon x mau sebab ingat x banyak bayar hari tu. 
takpe la demi anak duit boleh dicarikan.

total aku jupe doctor hari tu

lawatan                10.00
clomid                  36.00
gonal f 300iu x1    445.60
gonal f 75iu x2      222.80
total                     714.40

p/s : bajet diluar jangkaan.

Friday, November 15, 2013

IUI DONE

ALHAMDULILLAH..
aku selamat menjalani prosedur IUI pada 13/11/2013 jam 11.30 pagi. seperti entry lepas aku ade bagi penerangan berkaitan iui ni. 
pada hari itu hanya ada 2 org sahaja utk iui termasuk aku. akak 1org tu dgn DR Ghaffar.
aku sampai awal hari tu. kekonon takut jalan jem. nanti lewat pulak. IUI aku memang akan dijalankan pada 11.30. dh smpai awal so, en suami pun bagi la sperma awal.

sementara tunggu DR H smpai dr putrajaya aku dan suami pegi sarapan kt kantin tingkat 2, lepas dh makan kami lepak je dekat tingkat 6. IUI dijalankan di tingkat 7.

11.00pagi kami naik atas. 11.30 aku dipanggil masuk. Nurse dkt situ bagi penerangan posisi utk IUI. Posisi nya aku perlu baring di hujung katil yg telah dinaikkan sdikit tinggi berbanding bahagian kepala katil. Tak lama lepas tu DR H pun sampai. Aku dah ready. dlm kepala macam pikir, sambil tu berdoa agar usaha aku kali ini menjadi.
Semasa doctor nak masukkan sperma tu nurse suruh aku selawat dan mengucap 2 kalimah syahadah. 
Bagi aku prosedur iui ni sama je seperti HSG itu hari. Tak sakit pun. lepas dah selesai, aku kena rehat di katil selama 20 min. aku congak2 macam tak samapai 20 min pun sebab nurse dah arahkan aku bangun.

lepas tu nurse pesan kat aku boleh berbaby dancing 3hari berturut2. selepas 4 hari aku kena makan duphaston yg doctor bagi itu hari.



kos hari ini

IUI       rm 350.00

11/11/2013 - 2ND FOLLICULAR TRACKING

seperti yg dijanjikan aku kena dtg lagi pada tarikh 11/11/2013 untuk scan folikel. Kali ni  aku dtg sorang je. x bawa suami pon. aku smpai awal. aku pesakit kedua untuk Dr hamizah hari ni. lagipun assitant doc dah pesan suruh dtg awal sebab doctor kena masuk OT hari ini.

kali kedua aku di tvs kan. adoi...pedih gak rasa nye kt bhgn private part tu. hasil scan tadi alhamdulillah ada la 3 folikel matang yg berukuran 17x19, 21x16, 18x19. Doctor kata boleh proceed iui pada hari rabu. Lega hati aku dengar. Suntikan pregnyl 5000iu perlu aku cucuk kt perut pukul 10.00 mlm 11/11/2013. tindakan ubat ini adalah bertujuan utk ovulasi selepas 36jam dicucuk. Maka nya selepas 36jam tersebut iui akan dilakukan.


kos hari ini

rundingan         rm10.00
scan                 rm 20.00
pregnyl x 1       rm 45.60
duphaston x 24 rm 64.80
syringe             rm 0.60

total                 rm 141.00

Monday, November 11, 2013

8/11/2013 Follicular tracking ( tvs scan )

buat kali kedua nya aku dan suami berjumpa dgn DR Hamizah di LPPKN. hari ni doctor buat scan melalui vagina untuk mengesan folikel yg matang. ini pengalaman pertama bagi aku. Takut segan semua ada. tapi aku buat cool je. kekonon berani dan dah ready kan. Hasil scan tersebut folikel yg matang ada 2 je. tu pun dari ovari sebelah kanan. Ovari kiri langsung tidak respon dgn ubatan yg doc bagi itu hari. So memandangkan folikel ada 2 je yg matang doctor x boleh nak proceed iui pada 11/11/13. Dr hamizah mencadangkan aku mngambil satu lagi suntikan gonal f 75iu bertujuan untuk mematangkan folikel sebab untuk iui paling kurang kena ada 3 folikel yg matang. So aku ikut je la arahan doctor. X kan nak bantah pulak. Dengan harapan ada la cukup folikel untuk iui.

kos perbelanjaan hari ni.

rundingan           rm 10.00
tvs scan              rm 20.00
gonal f 75iu         rm 111.40

TOTAL             RM 141.40

Sunday, November 3, 2013

SUNTIKAN GONAL F 75iu

hi..
masih lagi entry berkaitan rwtn kesuburan saya di LPPKN Jalan Raja Laut, KL.
kali ni saya nak share pasal suntikan Gonal F 75iu.

Gonal F 75iu ni adalah berfungsi hampir sama dgn hormon manusia hormon FSH. bertujuan untuk merangsang perkembangan folikel dalam pengeluaran ovum pada wanita.

memandangkan bacaan FSH  x cantik so DR hamizah prescribe suntikan ini bg saya disamping pengambilan clomid 100mg.

1st dose sy pada 2/11/2013-mlm tadi. 
mula2 minta suami cucuk kan. tapi asyik main tepis2 je takut sakit. last2 sendiri cucuk kt perut, suami tlg flush ubat masuk. alhamdulillah settle.

before inject sy dh tgk mcm2 video omputih inject ubat ni kt perut.

tatacara suntikan ni sgt mudah. blh buat dekat rumah sndiri. x perlu pergi klinik. antara berani dan tidak je. aku ni nama je nurse inject org blh. tapi nak inject diri sndiri susah beno rasa nya.




1 ) cuci tangan dengan sabun dan kering kan slm sentuh alat suntikan.

2) pasang needle yg kaler pink tu kpd syringe, swab bahagian vial gonal f. kemudian cucuk water injection ke dlm vial. goyang2kan vial. sedut semula water injection+gonal f td ke dlm syringe.

3) tukar needle kpd saiz kecil pula. keluarkan gelembung udara dengan cara mengetuk2 sikit syringe. pastikan titisan ubat berada pada hujung jarum.

2) swab kulit dgn alcohol swab pada bhgn tmpt suntikan ( aku buat kat bhgn perut 2 jari dari pusat. ambil tmpt byk lemak sikit.

3) kemudian picit sedikit kulit beserta lemak di kwsn suntikan. suntikan mesti dilakukan 90 darjah. jarum nya 1/2 inci je. so kena benam semua bhgn jarum.


4) tekan ubat perlahan2.

5 ) beri masa kira 1-10 sebelum tarik jarum keluar.

6 ) tekan perlahan2 dgn kapas pd bhgn suntikan. 

selalu pendarahan jarang berlaku dgn suntikan ini.

selamat 1 dose. tinggal lagi 2 dose nak kena harung. harap selamat semua nya.

kalau ada yang rasa kurang yakin lagi boleh tgk youtube ni cara injection. 





Saturday, November 2, 2013

LPPKN 2nd

2nd appointment lppkn baru je lagi.
semalam.
1/11/2013.
saya call lppkn masa 1st day period.
temujanji mesti dalam hari ke 2- 5 period. 
so, dorg bagi hari ke-5.
sebab ?
sebab senang doktor nak mulakan 
rawatan masih dalam fasa luteal.

prosedur kali ni kena jumpa doktor.
dan review balik result hsg serta darah itu hari.
sampai kt sana terus amik nombor ikut nama doktor la.
then clip kt kad letak kat kotak nama doktor.

dalam pukul 8.30 kami dipanggil masuk ke bilik DR hamizah.
doktor terangkan pasal result itu hari.
semen analysis OK
STD OK
FSH - 10 ( high )
LH - OK.
Progesteron - 12.10 ( low )

melalui result ni mnunjukkan xde ovulasi utk cycle period yg lepas.
adoi..sedih nya la dengar.
tu la dok pikir aku ni normal tup tup ada masalah kan.
FSH yg ok dalam 6 or 7. saya punya dh tinggi  sgt 10.
progesteron pulak utk pregnant msti 30 keatas. 
so, mmg x ckup la klo 12.10 je.

doktor suggest IUI.
ingat kan doktor nak bagi pilihan 
makan ubat dan try natural dulu.
rupa nya x trus iui.
sebab?
2 tahun kahwin doktor kata mmg masalah kalau x preggy lagi.
IUI the best way.

saya dan suami stuju je la.
kalau ditangguh xtau bila lak nak buat kptsn kan.
utk pengetahuan korang IUI adalah proses inseminasi sperma yang tlh diproses dimasukkan ke dalam rahim wanita.


doktor kata jangan risau 
dengan masalah ovulasi ni sbb 
dia akan bagi ubat makan dan injection sebelum prosedur iui ni.

bab bab nk cucuk2 ni yg aku x berkenan.
sbb nak kena cucuk diri sndiri.
takut la pulak.
tapi demi anak sanggupkan jugak la.

saya kena makan 
ubat CLomid 100mg daily
dari tarikh 1/11-5/11 selama 5 hari.
injection Gonal F 75 iu pulak selang hari
2/11 - 4/11 - 6/11.


benda ni la nk kena cucuk kat perut.

episod pertama gonal f baru je selesai tadi.
setelah mentelaah video 
injection gonal f di youtube.

ubat2 ni semua amik waktu malam je.

bayaran hari ini

consultation - rm 10
clomid x 10 - rm 36
Gonal F 75 iu x 3 - rm334.20

total - rm 380.20

  

HSG XRAY.

Seperti entry sebelum ni saya 
kena buat hsg xray di hospital tawakkal.
tapi saya tak pegi buat 
kat sana pon walaupun appointment dh ambil.
saya buat di Hospital Kuala Lumpur je.
nak jimat kos.
nak mudah lagi saya 
minta tolong doktor kt klinik isi form siap2.
so, dapat la tarikh nya pada 8/10/2013 itu hari.

melalui pembacaan saya. 
hsg ni mmg sakit macam period pain.
siap tnya pengalamn akak kt klinik inferteliti lagi.
dorg kata memang sakit.

so, apalagi dtg la penyakit berdebor2 ni.
macam2 dalam fikiran.
buat nya x boleh tahan sakit macam mana kan.
saya dah get ready telan ponstan siap2 
30min sblm hsg.
takut sakit punya hal.
saya pesakit ke 4 utk hsg hari tu.
pesakit yg sebelum2 saya sume muka relaks je keluar dari tempat xray.
macam x sakit je. macam comel je.
hahaha..



sampai turn saya macam 
ada rerama dah dalam perut.
gila takut kot.
tapi buat muka tenang kekonon berani.
mulut terhenti baca doa dan zikir.
masuk dalam radiographer tu bagi 
penerangan pasal hsg. 
lepas tu tukar baju, pakai baju dorg. ni haaa..

kain hijau baju putih tali belakang.
dh ready kena la baring pulak atas table x ray dengan kaki dalam keadaan bengkok macam nak bersalin tu.
doctor pun mulakan la prosedur.

drape private part, 
cuci dan masuk kan speculum.
lepas tu catheter foley saiz 8 di masukkan ke uterus.
dye / kontras dimasukkan ke dalam uterus sambil sorang radiographer snap picture yg perlu la.
dalam keadaan kagum melihat
 keadaan uterus sendiri kat skrin 
doktor tu cakap uterus 
normal xde blockage kt tiub fallopian.
alhamdulillah...

mesti ada org tnya sakit ke?
jawapan aku bagi hsg ni xde la sakit sangat sampai nanges guling2 kot.
rasa macam x selesa masuk speculum dimasukkn je.
then masa kontras flush xde rasa apa2 pon.

masa smpai rumah rasa sebu je la skit.
beria la aku ni takut bagai apa kan.

result hsg ini aku trace next day selepas prosedur.




1st appointment LPPKN


ni no giliran gi appointment itu hari.
saya dan suami amik cuti time tu.
takut prosedur nya lama kan.

sebelum ke LPPKN ni saya dah lama mentelaah bab2 berkaitan di mr google.
baca pengalaman orang. so dh tahu serba sikit flow nya mcm mana kan.

hari tu masa call nurse lppkn amik tarikh dorang dah pesan siap2 untuk tidak bersama dengan suami 3-5 hari sebelum sebab nak buat semen analysis ( SA ). lepas tu kena bawa i/c dan kad kahwin.
dan paling penting kena bawa duit la.

so, that day saya pon pegi la.parking kat sogo. sebab x tau nak parking mana.
ada gak terbaca di blog org lain parking di LPPKN agak mahal. so tu yg rajin menapak jalan jauh sikit.

di LPPKN nurse open file utk saya dan suami. klinik kesuburan ni tingkat 6. saya memilih DR Hamizah utk handle kes saya. X mau doktor lelaki.
Suami lepas tu diarah naik tingkat 7 utk buat semen analysis ( SA ).
saya pulak nurse panggil masuk dlm bilik utk amik detail lain berkaitan dengan 
sejarah kesihatan keluarga, cycle period, dan kekerapn bersama dgn suami.

detail lain pon ada amik juga tapi x ingat apa dia dah.
then, selesai bahagian saya, saya tunggu suami turun pulak, lepas tu suami pulak kena interview.

memandang kebetulan kami datang saya period hari ke-2 so boleh la amik darah untuk check hormon dan darah lain.
spesimen darah yg diambil pada hari itu adalah untuk ujian Luteinising hormone ( LH ), follicle stimulating hormone 
( FSH ), Sexual transmitted diease ( STD ). 
ujian darah untuk suami pulak hanya la STD shja.

pemeriksaan darah ini selalu nya dilakukan pada hari ke-2 period. so kalau ada yang nak amik tmujanji elok amik 
masa hari pertama period. boleh sekali harung je kan.

then selesai amik darah.
next step kena buat Hysterosalpingogram ( HSG ) di hospital Tawakkal. appointment kena call sendiri. selalu nya hari 
ke 10-13 period.




21/10/2013 pilak nurse bagi tarikh untuk datang LPPKN untuk amik  darah  bagi ujian Progesterone 
hari ke-23 period. 
actually, kena dtg hari ke-21 
tapi hari yg sepatutnya jatuh pd hari sabtu pulak.
klinik tutup. 

total bayaran untuk hari tu.

pendaftaran  -   rm 40
LH,FSH,P4     -   rm 54
STD x 2          -   rm 56
SA, SCS          -   rm 50

total rm 200.00

next update pulak

I'M TTCian

alhamdulillah....usia perkahwinan sy dah hampir tahun kedua.
alhamdulillah..sy bahagia disamping en suami tercinta.
tapi tu la, biasa lah bila dah kawen of course 
org akan tanya bila nak ade BABY kan.
adoi....kalau la anak tu boleh dibeli di kedai dh dapat banyak kot.

tapi smpai skang allah belum lagi menurunkan 
rezeki anak buat saya dan suami.
i'm trying to conceive from early married until now.
~~terspeaking pulok~~hentam suda~~~
i'm ttcian.
banyak dah petua dicuba tapi belum nmpk keberkesanan nya.
so, the best way iolls rasa jumpa pakar la.



saya dan suami baru je lepas ber appointment di LPPKN jalan raja laut
pada 30/9/2013.
rasa takut nak jumpa doktor mmg ada walaupon diri sndiri keje bhgn kt klinik.
diri sndiri sebagai pesakit kot.

banyak rasa nak update kot psal TTC ni.
ni je topik yg ada dlm kepala sekarang.
saya tgk bukan saya sorang je yg belum ada anak.
tapi ramai yg masih berttc mcm kami.

pengalaman diorg mnyebabkan saya berani utk jumpa doktor 
seawal usia perkahwinan 1 tahun 10 bulan.

ok la...next post pulak pasal appointment lppkn.