Showing posts with label iui. Show all posts
Showing posts with label iui. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

JUMPA DOKTOR H LAGI

assalamualaikum.
Miss P dah datang hari tu. Bermakna iui failed.
Sedih jugak tapi dah boleh rasa pun.
Takpe la aku pun dah plan nak buat iui kali kedua utk next cycle. Aku dah pun jumpa DR Hamizah pada 3/12/2013.
So aku fikir DR akan tukar ubat kpd puregon rupa2 nya tak. DR suggest increase dose gonal f dari 75iu kepada 150iu. Kali ni doctor bagi inject guna pen utk 2hari.Bagi dose hari ketiga aku kena combine gonal f 75 iu x 2








main cucuk2 perut lagi aku bulan ni. Bulan lepas ketar tgn nak benam kan jarum ke lemak perut ni. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok. Syok pulak main cucuk2. hihi.
 Doktor juga prescribe clomid 100mg utk 5hari mcm cycle yg lepas jugak la.

Ubat hormon2 ni memang ada side effect aku pun dah rasa. tapi xde la kronik pun. rasa sakit2 badan sakit pinggang jugak la.

Masa hari ke-2 period hari tu aku ada buat blood test untuk tengok FSH & LH.
Doktor tak suruh pun aku saja nk tgk hormon ok ke tak. Result hari tu dah dpt. Alhamdulilah FSH dah normal 6.60 mmol. Dah turun.

Jumlah rawatan utk kali ni agak mahal drpd sebelum ini sebab dose ubat dah tambah. Nasib la aku dah standby bawa duit lebih awal2. Suami offer pakai kad kredit dia kekonon x mau sebab ingat x banyak bayar hari tu. 
takpe la demi anak duit boleh dicarikan.

total aku jupe doctor hari tu

lawatan                10.00
clomid                  36.00
gonal f 300iu x1    445.60
gonal f 75iu x2      222.80
total                     714.40

p/s : bajet diluar jangkaan.

Friday, November 15, 2013

11/11/2013 - 2ND FOLLICULAR TRACKING

seperti yg dijanjikan aku kena dtg lagi pada tarikh 11/11/2013 untuk scan folikel. Kali ni  aku dtg sorang je. x bawa suami pon. aku smpai awal. aku pesakit kedua untuk Dr hamizah hari ni. lagipun assitant doc dah pesan suruh dtg awal sebab doctor kena masuk OT hari ini.

kali kedua aku di tvs kan. adoi...pedih gak rasa nye kt bhgn private part tu. hasil scan tadi alhamdulillah ada la 3 folikel matang yg berukuran 17x19, 21x16, 18x19. Doctor kata boleh proceed iui pada hari rabu. Lega hati aku dengar. Suntikan pregnyl 5000iu perlu aku cucuk kt perut pukul 10.00 mlm 11/11/2013. tindakan ubat ini adalah bertujuan utk ovulasi selepas 36jam dicucuk. Maka nya selepas 36jam tersebut iui akan dilakukan.


kos hari ini

rundingan         rm10.00
scan                 rm 20.00
pregnyl x 1       rm 45.60
duphaston x 24 rm 64.80
syringe             rm 0.60

total                 rm 141.00

Monday, November 11, 2013

8/11/2013 Follicular tracking ( tvs scan )

buat kali kedua nya aku dan suami berjumpa dgn DR Hamizah di LPPKN. hari ni doctor buat scan melalui vagina untuk mengesan folikel yg matang. ini pengalaman pertama bagi aku. Takut segan semua ada. tapi aku buat cool je. kekonon berani dan dah ready kan. Hasil scan tersebut folikel yg matang ada 2 je. tu pun dari ovari sebelah kanan. Ovari kiri langsung tidak respon dgn ubatan yg doc bagi itu hari. So memandangkan folikel ada 2 je yg matang doctor x boleh nak proceed iui pada 11/11/13. Dr hamizah mencadangkan aku mngambil satu lagi suntikan gonal f 75iu bertujuan untuk mematangkan folikel sebab untuk iui paling kurang kena ada 3 folikel yg matang. So aku ikut je la arahan doctor. X kan nak bantah pulak. Dengan harapan ada la cukup folikel untuk iui.

kos perbelanjaan hari ni.

rundingan           rm 10.00
tvs scan              rm 20.00
gonal f 75iu         rm 111.40

TOTAL             RM 141.40

Sunday, November 3, 2013

SUNTIKAN GONAL F 75iu

hi..
masih lagi entry berkaitan rwtn kesuburan saya di LPPKN Jalan Raja Laut, KL.
kali ni saya nak share pasal suntikan Gonal F 75iu.

Gonal F 75iu ni adalah berfungsi hampir sama dgn hormon manusia hormon FSH. bertujuan untuk merangsang perkembangan folikel dalam pengeluaran ovum pada wanita.

memandangkan bacaan FSH  x cantik so DR hamizah prescribe suntikan ini bg saya disamping pengambilan clomid 100mg.

1st dose sy pada 2/11/2013-mlm tadi. 
mula2 minta suami cucuk kan. tapi asyik main tepis2 je takut sakit. last2 sendiri cucuk kt perut, suami tlg flush ubat masuk. alhamdulillah settle.

before inject sy dh tgk mcm2 video omputih inject ubat ni kt perut.

tatacara suntikan ni sgt mudah. blh buat dekat rumah sndiri. x perlu pergi klinik. antara berani dan tidak je. aku ni nama je nurse inject org blh. tapi nak inject diri sndiri susah beno rasa nya.




1 ) cuci tangan dengan sabun dan kering kan slm sentuh alat suntikan.

2) pasang needle yg kaler pink tu kpd syringe, swab bahagian vial gonal f. kemudian cucuk water injection ke dlm vial. goyang2kan vial. sedut semula water injection+gonal f td ke dlm syringe.

3) tukar needle kpd saiz kecil pula. keluarkan gelembung udara dengan cara mengetuk2 sikit syringe. pastikan titisan ubat berada pada hujung jarum.

2) swab kulit dgn alcohol swab pada bhgn tmpt suntikan ( aku buat kat bhgn perut 2 jari dari pusat. ambil tmpt byk lemak sikit.

3) kemudian picit sedikit kulit beserta lemak di kwsn suntikan. suntikan mesti dilakukan 90 darjah. jarum nya 1/2 inci je. so kena benam semua bhgn jarum.


4) tekan ubat perlahan2.

5 ) beri masa kira 1-10 sebelum tarik jarum keluar.

6 ) tekan perlahan2 dgn kapas pd bhgn suntikan. 

selalu pendarahan jarang berlaku dgn suntikan ini.

selamat 1 dose. tinggal lagi 2 dose nak kena harung. harap selamat semua nya.

kalau ada yang rasa kurang yakin lagi boleh tgk youtube ni cara injection. 





Saturday, November 2, 2013

LPPKN 2nd

2nd appointment lppkn baru je lagi.
semalam.
1/11/2013.
saya call lppkn masa 1st day period.
temujanji mesti dalam hari ke 2- 5 period. 
so, dorg bagi hari ke-5.
sebab ?
sebab senang doktor nak mulakan 
rawatan masih dalam fasa luteal.

prosedur kali ni kena jumpa doktor.
dan review balik result hsg serta darah itu hari.
sampai kt sana terus amik nombor ikut nama doktor la.
then clip kt kad letak kat kotak nama doktor.

dalam pukul 8.30 kami dipanggil masuk ke bilik DR hamizah.
doktor terangkan pasal result itu hari.
semen analysis OK
STD OK
FSH - 10 ( high )
LH - OK.
Progesteron - 12.10 ( low )

melalui result ni mnunjukkan xde ovulasi utk cycle period yg lepas.
adoi..sedih nya la dengar.
tu la dok pikir aku ni normal tup tup ada masalah kan.
FSH yg ok dalam 6 or 7. saya punya dh tinggi  sgt 10.
progesteron pulak utk pregnant msti 30 keatas. 
so, mmg x ckup la klo 12.10 je.

doktor suggest IUI.
ingat kan doktor nak bagi pilihan 
makan ubat dan try natural dulu.
rupa nya x trus iui.
sebab?
2 tahun kahwin doktor kata mmg masalah kalau x preggy lagi.
IUI the best way.

saya dan suami stuju je la.
kalau ditangguh xtau bila lak nak buat kptsn kan.
utk pengetahuan korang IUI adalah proses inseminasi sperma yang tlh diproses dimasukkan ke dalam rahim wanita.


doktor kata jangan risau 
dengan masalah ovulasi ni sbb 
dia akan bagi ubat makan dan injection sebelum prosedur iui ni.

bab bab nk cucuk2 ni yg aku x berkenan.
sbb nak kena cucuk diri sndiri.
takut la pulak.
tapi demi anak sanggupkan jugak la.

saya kena makan 
ubat CLomid 100mg daily
dari tarikh 1/11-5/11 selama 5 hari.
injection Gonal F 75 iu pulak selang hari
2/11 - 4/11 - 6/11.


benda ni la nk kena cucuk kat perut.

episod pertama gonal f baru je selesai tadi.
setelah mentelaah video 
injection gonal f di youtube.

ubat2 ni semua amik waktu malam je.

bayaran hari ini

consultation - rm 10
clomid x 10 - rm 36
Gonal F 75 iu x 3 - rm334.20

total - rm 380.20