Monday, November 11, 2013

8/11/2013 Follicular tracking ( tvs scan )

buat kali kedua nya aku dan suami berjumpa dgn DR Hamizah di LPPKN. hari ni doctor buat scan melalui vagina untuk mengesan folikel yg matang. ini pengalaman pertama bagi aku. Takut segan semua ada. tapi aku buat cool je. kekonon berani dan dah ready kan. Hasil scan tersebut folikel yg matang ada 2 je. tu pun dari ovari sebelah kanan. Ovari kiri langsung tidak respon dgn ubatan yg doc bagi itu hari. So memandangkan folikel ada 2 je yg matang doctor x boleh nak proceed iui pada 11/11/13. Dr hamizah mencadangkan aku mngambil satu lagi suntikan gonal f 75iu bertujuan untuk mematangkan folikel sebab untuk iui paling kurang kena ada 3 folikel yg matang. So aku ikut je la arahan doctor. X kan nak bantah pulak. Dengan harapan ada la cukup folikel untuk iui.

kos perbelanjaan hari ni.

rundingan           rm 10.00
tvs scan              rm 20.00
gonal f 75iu         rm 111.40

TOTAL             RM 141.40

2 comments:

Lydiana Jr said...

idza gud luck k harap telur2 tu cukup utk iui. :)

miz idza said...

harap2 macam u la sis. tq