Thursday, November 28, 2013

DPIUI15

Nampaknya usaha aku untuk bulan ni macam gagal je.
IUI aku failed.
Miss P belum pon datang. Tapi simptom nya dah aku rasai.
body aches, breast tenderness,..
aku dapat rasa memang negatif.

Nak menamatkan keresahan aku tu aku dah buat UPT.
dan sesungguhnya resultnya Negatif.
aku masih lagi positif thinking. Maybe awal sangat aku check kot. 
SO, nak bagi lagi yakin aku buat ujian darah Beta HCG kat klinik tempat aku keje.
Ujian darah semestinya lebih tepat kan.
Result aku dah dapat tadi.



BHCG --- 1.2 mIU/ml.
Bacaan hormon HCG bagi orang yg mengandung sepatutnya purata 75 mIU/ml keatas bila dah missed period. Rujukan disini DR Zubaidi.
sedih memang sedih usaha kali ni x menjadi.
tapi bak kata doktor klinik aku orang yg nak jadi mummy ni perlu kuat. TAk boleh sedih2. Tak boleh nangis kalau usaha tak menjadi.

Plan aku next cycle period aku nak buat iui lagi. atau aku dengar je la apa doktor suggest kan.
Mungkin Allah belum nak bagi rezeki anak lagi kpd aku dan suami.
Sekarang aku tunggu period datang lepas tu nak call LPPKN utk amik temujanji.

atau period x datang boleh ke keajaiban berlaku tetibe BHCG aku naik. UPT tetibe positif. Boleh ke jadi camtu ?
ya allah bantu lah hamba mu ini..


6 comments:

Mizz L said...

Idza.. banyakkan bersabar. Kedaan L skrg lagi berteka teki. Masih spotting. Sedih pn ada. Kalau xda rezeki cycle ni next cycle idza boleh cuba lagi. L senntiasa doakan rezeki utk kita semua. Kalau rezeki tak menyebelahi L kali ni L ingat akan berehat dr dulu sebulan dua.Lepas tu baru sambung balik.Jaga diri.

idzaidah khairani said...

Tq L. Alhamdulillah sy ok. Insyaallah sy akan buat lagi iui. Tapi mslh ni skang period dh delay. Jd tingtong lak hormon. Mybe kesan ubat hari tu.

Mizz L said...

duphaston amik x. kdg2 duphaston leh wt delay gak. tp sejak L amik clomid kitaran period 25-28. N mane la tau kan hcg idza xnampak lagi.

miz idza said...

amik. doktor ade bagi masa itu hari. dh abis makan pon. period still delay. risau kalo x period susah la nk proceed next iui nti.

Anonymous said...

All the best.Saya juga mrupakan patient Dr Hamizah.Proceed iui pda 15 Nov 2013. Alhamdulillah. .positive. Ini mrupakan kndungan anak ke 2. Anak prtama jga mrupakan bby iui pda tahun 2011.Jgn sekali2 brputus asa.Bykkan brdoa ..in shaa Allah mudahan dprmudahkan Allah. .

mizz idza said...

tq anonymous. insyaallah stakat ini x putus asa lagi. mungkin belum rezeki saya. iui kali ke-2 pun gagal.