Sunday, November 3, 2013

SUNTIKAN GONAL F 75iu

hi..
masih lagi entry berkaitan rwtn kesuburan saya di LPPKN Jalan Raja Laut, KL.
kali ni saya nak share pasal suntikan Gonal F 75iu.

Gonal F 75iu ni adalah berfungsi hampir sama dgn hormon manusia hormon FSH. bertujuan untuk merangsang perkembangan folikel dalam pengeluaran ovum pada wanita.

memandangkan bacaan FSH  x cantik so DR hamizah prescribe suntikan ini bg saya disamping pengambilan clomid 100mg.

1st dose sy pada 2/11/2013-mlm tadi. 
mula2 minta suami cucuk kan. tapi asyik main tepis2 je takut sakit. last2 sendiri cucuk kt perut, suami tlg flush ubat masuk. alhamdulillah settle.

before inject sy dh tgk mcm2 video omputih inject ubat ni kt perut.

tatacara suntikan ni sgt mudah. blh buat dekat rumah sndiri. x perlu pergi klinik. antara berani dan tidak je. aku ni nama je nurse inject org blh. tapi nak inject diri sndiri susah beno rasa nya.




1 ) cuci tangan dengan sabun dan kering kan slm sentuh alat suntikan.

2) pasang needle yg kaler pink tu kpd syringe, swab bahagian vial gonal f. kemudian cucuk water injection ke dlm vial. goyang2kan vial. sedut semula water injection+gonal f td ke dlm syringe.

3) tukar needle kpd saiz kecil pula. keluarkan gelembung udara dengan cara mengetuk2 sikit syringe. pastikan titisan ubat berada pada hujung jarum.

2) swab kulit dgn alcohol swab pada bhgn tmpt suntikan ( aku buat kat bhgn perut 2 jari dari pusat. ambil tmpt byk lemak sikit.

3) kemudian picit sedikit kulit beserta lemak di kwsn suntikan. suntikan mesti dilakukan 90 darjah. jarum nya 1/2 inci je. so kena benam semua bhgn jarum.


4) tekan ubat perlahan2.

5 ) beri masa kira 1-10 sebelum tarik jarum keluar.

6 ) tekan perlahan2 dgn kapas pd bhgn suntikan. 

selalu pendarahan jarang berlaku dgn suntikan ini.

selamat 1 dose. tinggal lagi 2 dose nak kena harung. harap selamat semua nya.

kalau ada yang rasa kurang yakin lagi boleh tgk youtube ni cara injection. 





1 comment:

sumaya bagotayan said...

where can I get this Gonal F 75 in Malaysia?