Tuesday, December 10, 2013

TVS scan

Hari ni appointment di LPPKN untuk scan folikel lagi.
aku berharap sangat kali ini banyak la folikel yg matang utk IUI.
Nampak harapan tinggal harapan sudah. 
DR H dah scan folikel memang banyak ada 6 biji sebelah kiri. Tapi sayang nya hanya 2 folikel je yang ready utnuk IUI. Macam sebelum ni folikel yg matang perlu ada 3 utk IUI. Dah tambah dose ubat pun keadaan masih sama macam sebelum ni.

Untuk pengetahuan semua setiap bulan ovari akan mengeluarkan ovum bergilir2 samada ovari kanan atau kiri. Macam bulan lepas belah kanan. Bulan ini ovari kiri pula.

Aku ada beritahu DR aku rasa macam sakit sikit pd bahagian left side. Dr cakap tu dah jadi hyperstimulation. Memandangkan folikel aku x cukup so doctor suggest untuk tambah 1 dose lagi gonal f 75iu malam ni. Dr cakap kena tahan sakit la ckit sebab ovari dah terhyper pulak. Aku rela kan aje demi nak buat iui bulan ini.

insya allah esok aku kena datang untuk scan lagi.

total untuk hari ini

lawatan                 10.00
tvs scan                20.00
gonal f 75iu x 1     111.40

total  Rm 141.40

2 comments:

Mizz L said...

idza..L doakan iui kali ni berjaya. bykkan rehat k.

miz idza said...

tq L. harap2 kali ni bjaya la.mmg kali ni nk rehat je. hihi.siap apply cuti ni sebelum dan selepas iui.