Saturday, December 28, 2013

GUSI BENGKAK, SAKIT PINGGANG....DUGAAN...

macam2 dugaan bulan ni.
minggu lepas gusi bengkak pulak disebabkan gigi bongsu tumbuh senget.
Dua tiga hari jugak la menahan sakit.
Aku ingatkan gusi bengkak biasa2 je. Rupa2 nya siap ada nanah bagai lagi.

So, aku pon ajak encik suami gi klinik pergigian zahida di shah alam. Sebelum tu aku dah google berkaitan wisdom teeth ni. Kalau menyebabkan gusi bengkak berulang kali gigi ni kena cabut.

takut jugak nak kena cabut, nak2 lepas iui ni. So, doktor dah advice mmg kena cabut. Dia siap flush saline kat gusi tu buang nanah. Lepas tu aku kena mkn antibiotik bg gusi baik. Gusi aku bengkak dan infection disebabkan makanan tersangkut kt situ.

4 hari aku makan amoxycillin, alhamdulillah sekarang dah ok. 
Tapi tu la kena berjaga2 jugak takut jadi lagi. 
Aku kena selalu gosok gigi setiap kali lepas makan. 

Gusi dah sembuh dapat pulak sakit lain. Sakit pinggang oii. 
tak tau la kenapa. dah 3,4 hari ni kebelakangan ni memang pinggang ni sakit. Kalo dah sakit tu memang langsung x leh nk buat keje. Nak kena baring rehat2. Kalau kat tempat keje takkan aku nak baring pulak kan.
Rungsing memikirkannya. Seakan2 simptom nak period pulak. Breast pun ada rasa tenderness ni. 

Mungkin ini dugaan allah nak bagi bulan ini. Nak bagi hapus dosa. Positive thingking.
Aku harap takde la penyakit serius yang datang lagi.
Sekarang aku masih dalam proses penantian.
Nak buat upt test suami dah warning x bagi buat dulu walaupun dah DPIUI16.
Tak nak aku excited takut kecewa kalau negatif resultnya.
Kena la tunggu sehingga hari khamis depan sehingga aku missed period.

My bff yang kawen itu hari dah preggy. 5week 9day. Sesungguhnya aku happy tengok dorg dapat rezeki awal dari aku. 
Cemburu pun ada. Mula aku berangan aku pulak yang preggy sesama dgn dia. Ceh ! berangan lebih. Suami aku pesan awal2 jangan berharap benda yang x pasti.
Sabar je la kan. Ada rezeki x kemana. Doa aku setiap hari agar dikurniakan rezeki anak secepatnya. 



"wahai tuhanku ! Janganlah engkau biarkan daku seorang diri ( dengan tidak meninggalkan zuriat ) ; dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi"



surah al-Anbiya ayat 89


"wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar ( menerima ) doa permohonan"

surah al-imran ayat 38

No comments: