Saturday, December 28, 2013

SELERA MAKAN MENINGKAT

memanjang je lapar pehal ni?
aku rasa maybe disebabkan suntikan hormon itu hari.
hormon berubah automatik selera makan meningkat.
padahal sebelum aku mulakan rawatan inferteliti ni selera makan biasa je. takde la mcam harimau.
lapar sokmo.
asal nampak je makanan depan mata mesti nak makan.
dulu aku siap kawal pemakanan lagi kekonon x nak overweight, takut obesiti.
tapi sekarang istilah diet dah xde. melantak nasi hari-hari.
berat pun dah naik semenjak aku stop aerobic class ni.
dari 58kg to 59.5kg. 1.5kg naik kot.

risau jugak tapi memandang aku sekarang dalam rawatan untuk dapatkan zuriat aku malas dah nak pikir dan ambil peduli pasal bab berat badan ni.
penimbang berat kat umah ni pun aku x pandang dah. 
tak mau kawan dengan dia dah.
suami aku cakap jangan kisah kan gemuk ke kurus yang penting sihat.

Blog kevin zahri dan ebook beliau pun aku dah pandang sepi je. Buat masa sekarang memang tak boleh aku nak teruskan aktiviti bersukan dan berdiet demi anak.
Nampaknya minggu depan aku kena pergi tempah uniform keje baru la. 
Seluar dah ketat nak pakai pun x selesa. X boleh nak kancing pun. see...aku dah gumukkks. 
Tapi suami pulak larang katanya takut pregnant rugi lak tempah uniform awal.
Adoi, macam2 suami aku ni. Dia x bagi aku excited dan berharap nampaknya macam dia pulak yg berharap lebih2.

2011 - time bertandang

sekarang

No comments: