Tuesday, December 31, 2013

TAHUN BARU 2014

Macam2 aktiviti aku cadang nak buat Januari ni. Aku nak relax dulu dari sebarang rawatan inferteliti di LPPKN.
Bukan putus asa, tapi aku rasa macam tak larat dengan keadaan badan yg lemau tanpa exercise ni.
So, aku dah tetapkan matlamat untuk bersenam secara aktif sepanjang bulan Januari ini.
Selain itu, aku dah call Mak Jah untuk berurut. 
Urut satu badan. kasi buang angin kus2 dari badan.
Aku memang pernah pergi berurut bulan mac lepas. Selalu nya mak jah akan suruh datang pada hari period ke-5 atau 6 dan berurut selama 3 hari berturut2.
Mak cik ni peramah orang nye dan urutan pun lembut je.
bayaran pun atas ikhlas kita nak bagi berapa.


Rakan2 kt sekerja pun tahu aku x berjaya pregnant lagi.
So, ada la sorang akak ni dok promote stem cell suruh makan.
katanya berkesan untuk renew cell. boleh repair hormon la.
aku memang x berhajat pun nak tambah supplemen yg ada buat masa sekarang.
beria2 akak tu suruh beli.
aku menolak sebab aku cakap buat masa ini aku tak nak amik apa2 supplemen dah.





No comments: