Monday, May 23, 2016

37/52 + 4/7. MENANTI KEHADIRAN BABY J.




Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga sekarang.
baby pun membesar bagai johan di usia kandungan 37minggu ni.
tak sabar dah nak jumpa baby walaupun hari2 dia dok ada je dalam perut ni. hihi.
setiap kali bangun pagi mesti nak tunggu baby tendang2 dulu. menandakan baby ok dan sihat kat dalam. kalau tak risau dibuatnya.
braxton hicks dah kerap2 datang. harap2 dalam dua tiga hari ni deliver la.
due 9/6/2016 tapi dah tak larat nak kerja. minta cuti awal pun susah sister saya nak bagi. huhu.
sabar je la.
termengah2 kena gak keje.
minggu lepas masa jumpa doktor dah scan baby skang lebih kurang 3.1kg. 
kalau sampai due date belum bersalin kemungkinan akan di induce. mak aih takutnya la.
hari2 tengok org kena induce kita pulak jadi seram.
ada jugak kawan2 dan doktor dekat tempat keje suruh ceaser je memandangkan precious baby.
dorang tak suggest try normal delivery.
tapi saya tak nak. cuba lah dulu normal kan andai ditakdirkan tak mampu jawab nya baby kena kluar ikut tingkap juga lah.

doa2kan la saya selamat bersalin dan baby sihat.

tq


Wednesday, March 9, 2016

PERANCANGAN ALLAH

Alhamdulillah allah masih kurniakan kesihatan yg baik utk saya. Usia kandungan pun dah mencecah 27weeks. Lama dah x buka laman sesawang ni. Sebab ? ??
haishhhh laptop buat hal plak. 

bila throwback balik sy perasaan mmg cantik sgt2 perancangan allah buat saya dan suami.

dulu masa awal2 kahwin dah rancang nak ada baby cepat2 tapi belum smpai waktu nya.
allah kurniakan saya rezeki dari segi lain dulu. 

1. Dapat suami yg memahami dan baik sgt.
bertuah rasa nya dpt suami yg bantu sy dlm byk perkara. bimbing sy ke arah kebaikan dan ke syurga. serba serbi lengkap.


2.kemudian allah kurniakan dgn dapat peluang sambung belajar dlm bidang kebidanan 1 tahun. mungkin kalo ada anak masa tengah belajar sedikit tertekan dgn pelbagai tugas. itu la perancangan allah.

3. lepas habis belajar, kerja plak kt labour room keje shift plak tu.. saya fikir ya allah takut nya nak keje kt tmpt risiko mcm ni. macam2 hal boleh berlaku. tanggungjawab mkin berat. tapi perkiraan sy salah. makin happy dgn tmpt keje baru. tekanan mmg ada tapi boleh kawal lagi berbanding sblum ni keje di klinik dgn waktu pejabat. keje shift masa makin byk dgn suami wlpun kadang2 weekend sy kena kerja. cuti x tentu. jem kat jalan pun dpt elak sbb keje x sama dgn waktu org lain. happy tengok baby hari2. happy berjaya beranakkan org. 

4. itu hari sebelum tau UPT positif saya dan suami mengalami eksiden. ini gara2 nak pegi bawa kontraktor utk renovate rumah bakal didiami ( skang dh pindah masuk pun )

CIK COZY TERCEDERA
   Stress nya tgk kereta kena langgar. alhamdulillah x sangka disebalik dugaan itu hari berikutnya dikurnikan rezeki yg lebih berharga. syukur sangat.

sekian. sebenornya post ni dah lama draf belum sempat nak edit dan publish. 

banyak benda nak cerita dari awal preggy smpai skang tunggu masa lapang lah ye.

tq 

Monday, October 12, 2015

UPT POSITIF

Alhamdulillah syukur kepada Allah.
doa saya dan suami Allah makbulkan.
upt saya positif.
tak semena2 meleleh air mata.

suami plak? huhu. mula2 x percaya.

cite nya macam ni.
1/10/2015 sepatutnya dah due period utk cycle 29 hari saya.
masa hari tu macam dah ada spotting nak period. so saya pikir nak period dah ni. 
tanda2 nk period sakit kepala dan breast tu mmg ada. x terpikir langsung itu adalah implantation bleeding.
sy pun buat x kisah je la buat aktiviti macam biasa. siap pegi aerobik hari tu. tunggu punya tunggu period xde xde juga. so tunggu lagi mungkin cycle kali ni nak jadi panjang sikit kot. sebab normal cycle period sy 29-34 hari. so sy pun gi aerobic dan zumba lagi. sakit kpala dan breast mmg ada.

dalam diam2 sy beli juga upt masa hari ke 34 tu. beli sorok2 dari suami. dia mmg x nak sy frust kalo x pregnant. membazir katanya. lepas tu pagi 6/10/2015 tu sy guna juga upt yg sy beli tu sbb badan rasa x sedap.
ni la hasil test nye 


kemain beli clear blue kan. tapi x tau nak tafsir result nye apa.
teruk punya orang.
hahaha.
last2 share kat group ttc malaysia.
dan ramai yg ckp ni positif.
rasa wow truja. 
tunjuk kt suami plak.
suami x percaya.

so ramai yg suggest suruh beli upt lain atau clear blue digital.
mahai nya clear blue digital tu.
x nak membazir petang tu sy ajak suami gi beli upt lain jenama dip n tell.
next day 7/10/2015 pagi dah bangun sbb nk tets urine.
dan ni la dia 



faint line pulak. kabur. positif ke tidak sebenarnya. konpius.
maybe low BHCG dlm badan lain.
dikira2 masa ni baru 5minggu usia nya.

hurm...buntu xtau nk rujuk sape. tnya juga member tmpt keje. mmg positif dorg ckp.
alhamdulillah.
risau nak excited. sebab antara percaya x percaya. plan nk tgu tca 18/11/2015 utk jupe infertiliti doctor utk rwtn.
so langsung x jaga makan, x jaga diri, makan nenas 1 biji lagi bulan lepas.
alhamdulillah. rezeki allah bagi x disangka2.
syukur sangat.

nak valid kan result lg anta urine ke lab tmpt keje sy.
berdebar juga mana tau tetibe jadi negatif kan.


POSITIFFFF.

keyakinan jadi makin kuat. suami pun happy je.
family pun dah tahu.
minta doa dorg supaya kandungan sy selamat sehingga bersalin.
dan menjadi milik saya.

hari ni new performing in my belly 6week already.
tunggu 10minggu nak scan dan buka buku insyaallah.
minta kawan2 doa kan saya.
terima kasih.
insyaallah rezeki kita semua ada cuma cepat dan lambat je.
sabar itu indah.
allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita.



Tuesday, September 22, 2015

CUTI CUTI SARAWAK



SAJA NAK SHARE PIC JALAN2 DENGAN FAMILY SUAMI KE SARAWAK.




















SESI KAUNSELING

Hi ttcian...
itu hari  TCA aku dan suami utk general kaunseling di infertility clinic HKL.
sesi kaunseling ni sekejap je.
skali tu interview aku dan suami. info2 yg diambil lifestyle, history penyakit, berapa kali bersama dan skali tu review result darah yg dah ambil hari tu.
hari tu juga aku sendiri ambil darah utk suami aku utk hep B, hep C, VDRL dan HIV.
kaunseling ni ambil masa lebih kurang 20 min je.
nurse dah siap warning BMI aku dah 24. so kena la berjaga2 dan kawal makan betul2.
so sentap hati mak nak kau.. 
hamek aku makan nasi x hengat kan.
kena semangat kawal berat badan balik.
lepas selesai next appointment utk jupe doctor 18/11/2015.
itu TCA yg paling awal. 
aku x kisah sebab xde la rushing sgt.
harap2 boleh proceed ke iui. x nak dah consume clomid sbb mcm tak menjadi.

so skang aku dan suami giat berdiet dan exercise.
tapi tu la mood kelaut tu sentiasa ada.
macam mana nak kawal makan nak masak pun kadang masa suntuk nak2 bila aku keje shift x tentu ni.
exercise pun harap nak ke gym je.
kalo tak pergi gym memang berlingkaq tidoq je kat rumah.
ya allah tah mana pegi semangat yg dulu tu.
aku harap berat badan dapat kurang sebelum TCA 18/11/2015

Tuesday, August 11, 2015

BERLARI LARIAN

alhamdulillah..tahun ni dah berjaya 2 running event. 
itu hari 9 to 5 run di putrajaya. 
yang baru2 ni 2, 3 hari lepas Asean unity run di padang merbok KL.
dua2 pun saya dan suami join fun run 5km je.
tak mampu lari lebih2. kang kejang tak pasal naik ambulance.
hihi.

dah lama sebenarnya nak join benda2 mcm ni tapi baru skang berjaya pujuk suami.
suami dia malas nak ikut skali.
last2 sy paksa dia ikut sy skali. so nak paksa tu kena la daftar skali.
alhamdulillah berjaya berlari larian ke tepian bersama suami utk kedua2 event.

1st event 9 to 5 run di putrajaya. seawal jam 7.00 dah smpai kt putrajaya utk berkumpul dan lari 5km. terasa jauh juga 5km ni. apatah lagi kalo amik yg 10km kan. pengsan...



yang penting dapat medal dan sijil


2nd event asean unity run kat padang merbok.
masa nak datang ke sini memusing juga cari parking dan lokasi berkumpul tu. sbb banyak jalan tutup. smpai tahap give up suami ckp kalo x jumpa2 juga kita balik je la.
sy pun ckp ok balik pun balik la. padahal dalam hati geram nya la.
alhamdulillah jupa gak lokasi nya.
fun run 5km ni memang best sebab trek larian tu lalu kat dataran merdeka.
tak pernah kot lari2 kat sini. semangat giler masa ni. siap lari2 tinggalkan suami kat belakang. padahal time tu dah mengah. ramai juga yang bawa anak2 lari sekali.
seronok je tengok. walaupun dorang kecil lagi tapi semangat kuat. malu sy dengan dorang.



muka excited tengok bangunan sultan abdul samad ni

lepas bakar kalori lebih kurang 700kcl.
dengan yakin nye saya dengan suami menambah kembali kalori pekena roti canai special di selangor mansion.
best giler..
1st time try.





next running event 
larian sehati sejiwa. ini pun best tapi tak dapat sertai sebab masa ni nak gi sarawak jalan2 dengan family suami.
insyaallah saya & suami dah register utk event lari2 seterusnya BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON FUN RUN 5KM juga.

jom lah kita sama2 sihat. pedulikan cakap2 orang bila kita exercise je mula cakap kau bukan gemuk pun beria2 nak exercise.

kurus boleh jadi gemuk.
sihat pun boleh jadi sakit.
so sementara sihat jom jaga kesihatan.

jangan lupa kawal pemakanan.

tq for reading.











konsisten & komplians

sy bertekad nk bersupplemen kembali.
dah lama terbiar folic acid, vitamin c dan vitamin e sy tu.
huhu.
payah nya la nk konsisten dan komplian dengan supplemen ni.
asyik terlupa.
lupa nak bawa gi keje.
lupa bila dah sibuk2 kt rumah.
suami je yg bagus tiap2 pagi mesti terus minyak ikan kod dia tu.



amik supplemen ikut suka saya je ni.
takde pun supplemen yg khas utk sy ssuaikan dgn ber TTC ni.
itu hari ada gak try beli surbex protect tp makan x habis kaler supplemen pun dh jd lain.
last2 buang.
bazir betul.

produk2 shaklee pun pernah try.
sama juga keadaan nya.
sy susah nk konsisten dan beri komitmen mkn tiap2 hari.
patut la x berapa subur kot.
dan x berapa nk comel kulit macam orang lain.

so buat masa skang x mau dah la beli macam2 makan nya tidak.
korang makan supplemen apa ye utk TTC ?
dan mcm mana nk bagi konsisten nih ?