Saturday, June 28, 2014

ANAK OH ANAK

nak sharing story pasal si anak.
anak yang yang aku belai belai selama 2 minggu sepanjang 
aku praktikal di wad Special care neonate ( SCN ).
comel sangat baby ni.
hari pertama aku tengok baby ni kesian 
sangat sbb dia pakai lampin
 disebabkan punggung dia melecet.
alergi pampers.

then, bila aku baca fail baby ni rupa2 nya dia dilahirkan kt tepi tasik s.alam,
ibu nya drug abuse, homeless.
kesian sangat.
dalam hati dah terdetik macam nak amik 
buat anak angkat.
dgn harapan x nak dia menderita hidup 
bergelandangan dgn parent dia.
tapi kepastian tu belum ada.
sbb ramai yang x menyokong.
 the next day, ibu baby ni pun dtg.
bila aku tgk mmg keadaan ibu nya teruk, mcm high lagi dgn dadah.
cara jawab bila nurse tanya pun meleret2 jawab nya,
 paling buat aku tersebak ibu ni beria2 
nak amik anak dia bawa balik.
siap nangis2.

1 minggu dok belai2, kasi susu, ulit2 bagi tido si baby ni.
aku pun nekad nak gi tanya kt pegawai 
kerja sosial perubatan berkaitan si baby samada fit atau tidak duduk dgn si ibu.
jawapan nya si ibu beria2 nak si baby, 
tapi dia xde rumah dgn masalah sosial lagi.
mmg pegawai tu x dapat nak tolong aku amik si baby ni.
jika si ibu tidak layak kemungkinan si baby akan ke rumah kanak-kanak cheras.
adui sedih betul hati ni.

kesian kt si ibu dan si anak.
dgn si ibu ada 3 org anak lagi yg turut samada hidup bergelandangan.
hari ni aku dh terlalu rindu kan si anak.
si anak ni x banyak ragam, cuma kuat menyusu.
2 minggu aku dok tengok dia hari2.
tukar pamper bagai.
tersentuh dh ati aku ni.
bila la allah nak kurniakan aku zuriat,
yang tidak upaya dan daif nya dikurniakan zuriat yg ramai 
sedangkan aku masih menunggu.

ni pic si anak












gugur air mata aku kali ini demi si anak yang tak tahu nasib nya mcm mana lagi ni.
ya allah moga diberikan jalan yang mudah utk si anak n ibu nya.

Saturday, June 14, 2014

Mak Bidan Pelatih

salam kawan2 yang dikasihi.
rindu nak berblogging.
tapi skang masa amat terhad. 
sibuk dengan study.
usaha ber ttc masih diteruskan walaupun masa tgh blaja ni.
sekarang aku tengah belaja bab2 membidankan org bersalin.
actually takut gak.
paling takut part kena gunting n tear bila ibu2 ni bersalin.
paling best tgk baby keluar and nangis sekuatnya.
that sign menunjukkan baby sihat, ok, x flat.
so hari ni aku sharing sikit dgn korang pic2 baby.
setakat ni belum sampai turn aku nak conduct delivery.
itu hari tlg assist doctor pun dah ketaq.











aku check uri complete ke tidak.
apa yg aku rasa macam aku lak yg bersalin.
baby nangis tetiba jadi sebak.
adoi cmne la perasaan ibu2 yg dok buang anak merata tu kan ?
langsung x sedih ke dengar anak tu nangis ?
apa yg aku tgk 2,3 minggu ms praktikal kt wad minggu lepas ada gak la terjupe dengan single mother / unmarried mother.
dorg dah x buang dah tau syg anak.
aku try tnya kot2 x nak anak aku nak ambil.
tp dorg x bagi.
umur masing2 belasan tahun lagi 18, 21, 20.
kebanyakan yg dh terlanjur ni ada yg dh kawin dgn boyfriend dorg.
alhamdulillah ada gak  kesedaran nak kawen tu.
senang2 je dorg preggy
aku n kawan2 yg berttc ni masih jugak belum ada rezeki.