Tuesday, August 11, 2015

BERLARI LARIAN

alhamdulillah..tahun ni dah berjaya 2 running event. 
itu hari 9 to 5 run di putrajaya. 
yang baru2 ni 2, 3 hari lepas Asean unity run di padang merbok KL.
dua2 pun saya dan suami join fun run 5km je.
tak mampu lari lebih2. kang kejang tak pasal naik ambulance.
hihi.

dah lama sebenarnya nak join benda2 mcm ni tapi baru skang berjaya pujuk suami.
suami dia malas nak ikut skali.
last2 sy paksa dia ikut sy skali. so nak paksa tu kena la daftar skali.
alhamdulillah berjaya berlari larian ke tepian bersama suami utk kedua2 event.

1st event 9 to 5 run di putrajaya. seawal jam 7.00 dah smpai kt putrajaya utk berkumpul dan lari 5km. terasa jauh juga 5km ni. apatah lagi kalo amik yg 10km kan. pengsan...



yang penting dapat medal dan sijil


2nd event asean unity run kat padang merbok.
masa nak datang ke sini memusing juga cari parking dan lokasi berkumpul tu. sbb banyak jalan tutup. smpai tahap give up suami ckp kalo x jumpa2 juga kita balik je la.
sy pun ckp ok balik pun balik la. padahal dalam hati geram nya la.
alhamdulillah jupa gak lokasi nya.
fun run 5km ni memang best sebab trek larian tu lalu kat dataran merdeka.
tak pernah kot lari2 kat sini. semangat giler masa ni. siap lari2 tinggalkan suami kat belakang. padahal time tu dah mengah. ramai juga yang bawa anak2 lari sekali.
seronok je tengok. walaupun dorang kecil lagi tapi semangat kuat. malu sy dengan dorang.



muka excited tengok bangunan sultan abdul samad ni

lepas bakar kalori lebih kurang 700kcl.
dengan yakin nye saya dengan suami menambah kembali kalori pekena roti canai special di selangor mansion.
best giler..
1st time try.





next running event 
larian sehati sejiwa. ini pun best tapi tak dapat sertai sebab masa ni nak gi sarawak jalan2 dengan family suami.
insyaallah saya & suami dah register utk event lari2 seterusnya BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON FUN RUN 5KM juga.

jom lah kita sama2 sihat. pedulikan cakap2 orang bila kita exercise je mula cakap kau bukan gemuk pun beria2 nak exercise.

kurus boleh jadi gemuk.
sihat pun boleh jadi sakit.
so sementara sihat jom jaga kesihatan.

jangan lupa kawal pemakanan.

tq for reading.











konsisten & komplians

sy bertekad nk bersupplemen kembali.
dah lama terbiar folic acid, vitamin c dan vitamin e sy tu.
huhu.
payah nya la nk konsisten dan komplian dengan supplemen ni.
asyik terlupa.
lupa nak bawa gi keje.
lupa bila dah sibuk2 kt rumah.
suami je yg bagus tiap2 pagi mesti terus minyak ikan kod dia tu.



amik supplemen ikut suka saya je ni.
takde pun supplemen yg khas utk sy ssuaikan dgn ber TTC ni.
itu hari ada gak try beli surbex protect tp makan x habis kaler supplemen pun dh jd lain.
last2 buang.
bazir betul.

produk2 shaklee pun pernah try.
sama juga keadaan nya.
sy susah nk konsisten dan beri komitmen mkn tiap2 hari.
patut la x berapa subur kot.
dan x berapa nk comel kulit macam orang lain.

so buat masa skang x mau dah la beli macam2 makan nya tidak.
korang makan supplemen apa ye utk TTC ?
dan mcm mana nk bagi konsisten nih ?

Friday, August 7, 2015

KEMBALI BER TTC

Hi, bertemu kembali.
saya nak kembali ber ttc balik.
dah plan nk jumpa doktor di klinik reproduktif hkl selepas hari raya.
ini pun setelah berkali2 dipaksa dan berkali2 pikir.
sampai bila nak berusaha sendiri tnpa bantuan doktor.
suami berharap next year ada baby.
kalau xde mungkin nk kena ambil anak angkat buat peneman.
bukan x mahu tapi sebolehnya nak kan anak sendiri dulu.
jadi saya pun dah amik appointment utk jupe doktor di HkL.
dah malas nk follow up di LPPKN disebabkan kekangan waktu bekerja trpksa la follow up di tempat keje sendiri.
harap2 ada sinar harapan buat kami.
appt untuk kaunseling 4 september 2015.
darah utk day 2 pun dah ambil semalam. 
kebetulan masa amik date appt period day 3 so ambil darah terus la. 
macam biasa sample yang diambil estradiol, testosteron, prolactin, lh dan fsh.
 sedikit berbeza dgn LPPKN. sample darah yg diambil 2 jenis je LH dan Fsh. 
next 25/8/ 2015 d21 progesterone dan semen analysis.
HsG yg lama masih valid jadi x payah dah buat HSG.
ALHAMDULILLAH. harap semua berjalan dengan lancar.

RAYA RAYA RAYA

nak share gambar je.
malas nak taip. mood tah kemana.
rutin kembali sihat dan slim dah ke laut.
bulan puasa turun 3kg tp lepas raya bagai dipam pam.
semangat nak diet dan jaga ksihatan balik bila tgk ramai berjaya ber TTC dengan diet yg sihat.
nah cuci mata gambo raya .