Tuesday, December 31, 2013

TAHUN BARU 2014

Macam2 aktiviti aku cadang nak buat Januari ni. Aku nak relax dulu dari sebarang rawatan inferteliti di LPPKN.
Bukan putus asa, tapi aku rasa macam tak larat dengan keadaan badan yg lemau tanpa exercise ni.
So, aku dah tetapkan matlamat untuk bersenam secara aktif sepanjang bulan Januari ini.
Selain itu, aku dah call Mak Jah untuk berurut. 
Urut satu badan. kasi buang angin kus2 dari badan.
Aku memang pernah pergi berurut bulan mac lepas. Selalu nya mak jah akan suruh datang pada hari period ke-5 atau 6 dan berurut selama 3 hari berturut2.
Mak cik ni peramah orang nye dan urutan pun lembut je.
bayaran pun atas ikhlas kita nak bagi berapa.


Rakan2 kt sekerja pun tahu aku x berjaya pregnant lagi.
So, ada la sorang akak ni dok promote stem cell suruh makan.
katanya berkesan untuk renew cell. boleh repair hormon la.
aku memang x berhajat pun nak tambah supplemen yg ada buat masa sekarang.
beria2 akak tu suruh beli.
aku menolak sebab aku cakap buat masa ini aku tak nak amik apa2 supplemen dah.





Monday, December 30, 2013

GAGAL BUAT KEDUA KALINYA.

IUI kali kedua GAGAL.
kecewa. sedih. hilang fokus.
semua ada. insomnia aku dibuatnya.
terlampau memikir sampai susah tidur.
suami pun nampak kecewa kali ini.
aku makin sedih tengok suami sedih.
allah belum buka lagi rezeki zuriat buat kami.

aku dah decide untuk tidak meneruskan iui utk kali ketiga.
aku cadang nak berehat dulu sebulan.
lupakan LPPKN buat seketika.
buang lemak tepu di badan ni.
aku nak kena start balik kelas join aerobic class.
mana tahu dengan cara itu aku boleh normalkan kembali paras hormon kan.
selain tu, aku rasa macam nak gi jumpa Mak Jah seksyen 7. Nak berurut. Urut satu badan.
Awal tahun hari tu dah pernah pergi berurut lepas dengar member suami cerita dia preggy lepas berurut dengan mak cik tu.
Ramai jugak aku dengar yg berjaya pregnant lepas berurut dengan beliau.
Tapi tu semua pun dengan kuasa Allah. kunfayakun.
Macam mana usaha pun kalau belum tiba masa nya allah belum nak bagi memang takkan ada.
Minta kawan2 doakan aku segera dapat zuriat.

Saturday, December 28, 2013

SELERA MAKAN MENINGKAT

memanjang je lapar pehal ni?
aku rasa maybe disebabkan suntikan hormon itu hari.
hormon berubah automatik selera makan meningkat.
padahal sebelum aku mulakan rawatan inferteliti ni selera makan biasa je. takde la mcam harimau.
lapar sokmo.
asal nampak je makanan depan mata mesti nak makan.
dulu aku siap kawal pemakanan lagi kekonon x nak overweight, takut obesiti.
tapi sekarang istilah diet dah xde. melantak nasi hari-hari.
berat pun dah naik semenjak aku stop aerobic class ni.
dari 58kg to 59.5kg. 1.5kg naik kot.

risau jugak tapi memandang aku sekarang dalam rawatan untuk dapatkan zuriat aku malas dah nak pikir dan ambil peduli pasal bab berat badan ni.
penimbang berat kat umah ni pun aku x pandang dah. 
tak mau kawan dengan dia dah.
suami aku cakap jangan kisah kan gemuk ke kurus yang penting sihat.

Blog kevin zahri dan ebook beliau pun aku dah pandang sepi je. Buat masa sekarang memang tak boleh aku nak teruskan aktiviti bersukan dan berdiet demi anak.
Nampaknya minggu depan aku kena pergi tempah uniform keje baru la. 
Seluar dah ketat nak pakai pun x selesa. X boleh nak kancing pun. see...aku dah gumukkks. 
Tapi suami pulak larang katanya takut pregnant rugi lak tempah uniform awal.
Adoi, macam2 suami aku ni. Dia x bagi aku excited dan berharap nampaknya macam dia pulak yg berharap lebih2.

2011 - time bertandang

sekarang

GUSI BENGKAK, SAKIT PINGGANG....DUGAAN...

macam2 dugaan bulan ni.
minggu lepas gusi bengkak pulak disebabkan gigi bongsu tumbuh senget.
Dua tiga hari jugak la menahan sakit.
Aku ingatkan gusi bengkak biasa2 je. Rupa2 nya siap ada nanah bagai lagi.

So, aku pon ajak encik suami gi klinik pergigian zahida di shah alam. Sebelum tu aku dah google berkaitan wisdom teeth ni. Kalau menyebabkan gusi bengkak berulang kali gigi ni kena cabut.

takut jugak nak kena cabut, nak2 lepas iui ni. So, doktor dah advice mmg kena cabut. Dia siap flush saline kat gusi tu buang nanah. Lepas tu aku kena mkn antibiotik bg gusi baik. Gusi aku bengkak dan infection disebabkan makanan tersangkut kt situ.

4 hari aku makan amoxycillin, alhamdulillah sekarang dah ok. 
Tapi tu la kena berjaga2 jugak takut jadi lagi. 
Aku kena selalu gosok gigi setiap kali lepas makan. 

Gusi dah sembuh dapat pulak sakit lain. Sakit pinggang oii. 
tak tau la kenapa. dah 3,4 hari ni kebelakangan ni memang pinggang ni sakit. Kalo dah sakit tu memang langsung x leh nk buat keje. Nak kena baring rehat2. Kalau kat tempat keje takkan aku nak baring pulak kan.
Rungsing memikirkannya. Seakan2 simptom nak period pulak. Breast pun ada rasa tenderness ni. 

Mungkin ini dugaan allah nak bagi bulan ini. Nak bagi hapus dosa. Positive thingking.
Aku harap takde la penyakit serius yang datang lagi.
Sekarang aku masih dalam proses penantian.
Nak buat upt test suami dah warning x bagi buat dulu walaupun dah DPIUI16.
Tak nak aku excited takut kecewa kalau negatif resultnya.
Kena la tunggu sehingga hari khamis depan sehingga aku missed period.

My bff yang kawen itu hari dah preggy. 5week 9day. Sesungguhnya aku happy tengok dorg dapat rezeki awal dari aku. 
Cemburu pun ada. Mula aku berangan aku pulak yang preggy sesama dgn dia. Ceh ! berangan lebih. Suami aku pesan awal2 jangan berharap benda yang x pasti.
Sabar je la kan. Ada rezeki x kemana. Doa aku setiap hari agar dikurniakan rezeki anak secepatnya. 



"wahai tuhanku ! Janganlah engkau biarkan daku seorang diri ( dengan tidak meninggalkan zuriat ) ; dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi"



surah al-Anbiya ayat 89


"wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar ( menerima ) doa permohonan"

surah al-imran ayat 38

Saturday, December 14, 2013

OVARIAN HYPERSTIMULATION SYNDROME ( OHSS )

hari ni hari ke-3 slps iui. bermula dari hari iui smpai ke hari ini aku mengalami sakit perut dan pinggang. ini adalah konplikasi disebabkan oleh pengambilan gonal f hari tu.
 ovarian hyperstimulation syndrome medical term nya. hari pertama iui mmg sakit giler rasa nak berguling. hari kedua rasa macam ok sikit, ada juga rasa sakit pinggang. tapi hari ni sakit pinggang ni macam bertmbah pulak. aku nak duduk pun rasa tak selesa. aktiviti aku hari ni baring n tido je akibat kesan OHSS.

kekonon tak nak la makan panadol tapi nampak nya tpaksa ambil juga. kalau tidak langsung aku tak boleh nak duduk dan buat keje dekat rumah ni.

 melalui pembacaan di wikipedia kesan OHSs ini ambil masa 1-2minggu utk lega. dan mungkin berpanjangan jika pregnant. adoi macam mana aku nak bertahan ni.


 harap sakit pinggang aku ni baik la hari rabu depan sebab aku nak kena kerja. masa cuti dah berakhir.



Friday, December 13, 2013

IUI PART 2 DONE

alhamdulillah aku dh selamat menjalani iui skali lagi pada 13/12/13.
kali ini kurang berdebar ckit dari iui kali prtama hari tu. cuma aku rasa perut aku sakit sangat pulak. doktor ada cakap memang akan rasa sakit sebab folikel aku ada 6 yg matang.so mereka sedang berovulasi.

sepatutnya sebelum iui aku x boleh kencing selama 2jam tapi aku pulak x tahan pon sbb prut sakit sangat.
selamba je gi tandas buang abis2.

dah la minggu ni lppkn mmg xde air cond. mmg panas la. aku pulak jd x selesa la. aku tgk ada 5org yg buat iui hari ni.
 iui kali ini mmg banyak dugaan.

semasa nak masuk kan sperma ke dlm uteus aku td aku rasa mcm nak berguling je menahan sakit perut ni. doktor ckp boleh mkn panadol kalo x tahan sakit. tapi aku x mkn pon. lps iui aku rehat kt katil tu 30min.

nak turun dari lppkn pun aku tpksa pegang perut siap aduh2 lagi. sampai suami cakap sabar jgn mngeluh.
sampai je kat umah aku terus baring. tidur 1jam then bangun lepas suami blk dari solat jumaat.

nurse dah pesan jgn aktif sangat 2,3hari ni. memang aku dah plan nak duduk umah je. rehat. masak pun x nak. biar suami buat semuanya. aku pun dah amik cuti sampai hari selasa. kali ni nak rehat betul2.

aku berharap sangat kali ni menjadi.

total yg aku byr utk 11/12/13 masa scan hari tu ni die.

 lawatan    rm 10.00
 pregnyl     rm 45.60
 duphaston   64.80
 syringe 0.60
 tvs scan     20.00

 total       rm 141.00

iui rm350.00

Wednesday, December 11, 2013

RELAXATION THERAPY

STRESS.....
Beban kerja kat tempat aku kerja tu memang kekadang mendatangkan stress.
terpaksa berhadapan dengan macam2 ragam manusia.
tak cukup dengan tu doktor pulak jenis suka tengking kalau dia rasa nak marah. Ikut dan dia je.
Aku pulak jenis suka melawan dan cepat beno stress. Mungkin stress mnyebabkan hormon aku ni jadi ting tong.

So, aku kena la berterapi relaksasi memanjang.
paling aku suka SHopping.
tapi nak shopping selalu poket bukan nya tebal kan. Gaji pun tak banyak mana.
Bulan ni kekonon aku nak berjimat la tak mau beli apa2 sbb fikir duit nak pakai utk rwtn di LPPKN.
tapi dalam nak berjimat tu kering jugak poket ni. Tu la sape suruh aku jejalan kat sogo.
~~~padahal aku gatal kaki nak berjalan2 ke sana kan~~~
Tak pasal2 je aku TER  BELI handbag baru kan.
Mengundang sungguh la kaler handbag kt Sogo tu.
Jenama bagi aku tak penting. Yg penting lawa di mata. COlourful gitu.

tengok ni hah mau tak tergoda kan.




ni yang aku pilih.

siap aku sms suami cakap nak beli.
Dia tanya ada duit tak.
aku jwb ada ckit. Nanti kekonon nak cover guna bonus bulan 1.

tu handbag. ni semalam baru je aku ter order haley chiffon blouse di poplook. tergoda lagi aku ni.
Main klik je butang order. kalau suami aku tahu mau kena bebel. sori abang sayang memang suka sangat blouse ni. loose dan labuh. walaupun ada yang cakap macam baju preggy aku tak kisah. yang penting tutup aurat kan.

meh la tengok kt sini untuk pre order THE POPLOOK


hijau gelap haley blouse

yang ni pulak aku baru order semalam.








kalau pakai untuk preggy pon sesuai sebab kat bahagian depan tu memang besar ada space utk perut comel anda.

 baru2 ini suami bermurah hati beli kan aku gadget baru. dia kata senang aku nk surf internet. tenkiu abg. syg suka sangat. hilang terus stress. bukan stakat blh baca blog tapi main candy crush. tak payah dah nak buka biji mata luas2 main kt henpon.

adoi...nampak x cara aku urus stress lebih kepada nafsu dan kemahuan semata2. hihihi.
 ini cara aku. lagi satu aku suka terapi duduk dekat rumah je. best. dok umah makan tido tgk tv. release tension.

HIKMAH DI SEBALIK SETIAP KEJADIAN

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan? aku yakin, ALLAH buat sesuatu, ALLAH jadikan sesuatu dan ALLAH tunjukkan sesuatu pasti akan ada kebaikan disebaliknya.

aku dapat rasa kan hikmah setiap ujian yang aku hadapi sekarang.
antara nya aku dah semakin positif. fikiran semakin positif. jiwa aku dah jadi makin kuat. semenjak aku ber TTC ni banyak aku amalkan amalan2 yg sebelum ni dah lama aku tak buat. Contohnya solat hajat. mohon semoga hajat aku diperkenankan. 

surah2 dalam al quran yang tak pernah aku faham maksud nya pun aku dah tahu sebab dok amalkan surah2 untuk bagi cepatkan hamil.

ilmu berkaitan kesihatan wanita pun aku makin bertambah. banyak google cari maklumat kan.

Tuesday, December 10, 2013

TVS scan

Hari ni appointment di LPPKN untuk scan folikel lagi.
aku berharap sangat kali ini banyak la folikel yg matang utk IUI.
Nampak harapan tinggal harapan sudah. 
DR H dah scan folikel memang banyak ada 6 biji sebelah kiri. Tapi sayang nya hanya 2 folikel je yang ready utnuk IUI. Macam sebelum ni folikel yg matang perlu ada 3 utk IUI. Dah tambah dose ubat pun keadaan masih sama macam sebelum ni.

Untuk pengetahuan semua setiap bulan ovari akan mengeluarkan ovum bergilir2 samada ovari kanan atau kiri. Macam bulan lepas belah kanan. Bulan ini ovari kiri pula.

Aku ada beritahu DR aku rasa macam sakit sikit pd bahagian left side. Dr cakap tu dah jadi hyperstimulation. Memandangkan folikel aku x cukup so doctor suggest untuk tambah 1 dose lagi gonal f 75iu malam ni. Dr cakap kena tahan sakit la ckit sebab ovari dah terhyper pulak. Aku rela kan aje demi nak buat iui bulan ini.

insya allah esok aku kena datang untuk scan lagi.

total untuk hari ini

lawatan                 10.00
tvs scan                20.00
gonal f 75iu x 1     111.40

total  Rm 141.40

SUPPLEMEN

Supplemen atau makanan tambahan.
Masa pertama kali jumpa DR H ada juga aku tanya supplemen apa yg bagus utk pregnant dia kata apa2 pun boleh ambil dan amalkan makanan seimbang.
Langsung  x mau share kan. So disebabkan mcm xtau nak amik supplemen apa aku pun google la.
Kebanyakan ramai amik GLA coplex shaklee utk bagi cepat preggy. Selain tu folic acid pun kena ambil juga.

2 supplemen ni aku dah try pun sebelum iui hari tu.
Lepas tu itu hari ada juga ambil vit c shaklee kekonon nk bg kulit cantik la.

Baru2 ni aku ada ambil Surbex Protect. Ini di rekemen oleh pakar inferteliti HKL. Aku slalu asist doctor tu buat prosedur utk pesakit mcm aku. So ada la terdengar doctor advice suruh beli surbex protect utk suami isteri. Agak mahal jugak harga nya. RM 153 utk 100 biji.


ni la rupa ubat tu.




kandungan surbex protect ni folic acid, vit C, vit E, vit B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan zinc.
so sekarang aku dah tak payah nak telan bebanyak pil.
cukup 1 biji daily.

Disamping supplemen aku dah start amalkan makanan sunnah dalam usaha untuk mengandung ni.
pagi2 sebelum pergi kerja aku dan suami akan makan 1 sudu madu dan jus delima.
sampai tempat kerja aku sarapan lepas tu ambil surbex protect, kurma dan kismis.
kadang2 kismis n kurma ni jadi kudap kudapan aku je di petang hari.
ini je yang aku mampu untuk amalkan dari segi supplemen dan pemakanan.




JUMPA DOKTOR H LAGI

assalamualaikum.
Miss P dah datang hari tu. Bermakna iui failed.
Sedih jugak tapi dah boleh rasa pun.
Takpe la aku pun dah plan nak buat iui kali kedua utk next cycle. Aku dah pun jumpa DR Hamizah pada 3/12/2013.
So aku fikir DR akan tukar ubat kpd puregon rupa2 nya tak. DR suggest increase dose gonal f dari 75iu kepada 150iu. Kali ni doctor bagi inject guna pen utk 2hari.Bagi dose hari ketiga aku kena combine gonal f 75 iu x 2








main cucuk2 perut lagi aku bulan ni. Bulan lepas ketar tgn nak benam kan jarum ke lemak perut ni. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok. Syok pulak main cucuk2. hihi.
 Doktor juga prescribe clomid 100mg utk 5hari mcm cycle yg lepas jugak la.

Ubat hormon2 ni memang ada side effect aku pun dah rasa. tapi xde la kronik pun. rasa sakit2 badan sakit pinggang jugak la.

Masa hari ke-2 period hari tu aku ada buat blood test untuk tengok FSH & LH.
Doktor tak suruh pun aku saja nk tgk hormon ok ke tak. Result hari tu dah dpt. Alhamdulilah FSH dah normal 6.60 mmol. Dah turun.

Jumlah rawatan utk kali ni agak mahal drpd sebelum ini sebab dose ubat dah tambah. Nasib la aku dah standby bawa duit lebih awal2. Suami offer pakai kad kredit dia kekonon x mau sebab ingat x banyak bayar hari tu. 
takpe la demi anak duit boleh dicarikan.

total aku jupe doctor hari tu

lawatan                10.00
clomid                  36.00
gonal f 300iu x1    445.60
gonal f 75iu x2      222.80
total                     714.40

p/s : bajet diluar jangkaan.