Thursday, November 28, 2013

DPIUI15

Nampaknya usaha aku untuk bulan ni macam gagal je.
IUI aku failed.
Miss P belum pon datang. Tapi simptom nya dah aku rasai.
body aches, breast tenderness,..
aku dapat rasa memang negatif.

Nak menamatkan keresahan aku tu aku dah buat UPT.
dan sesungguhnya resultnya Negatif.
aku masih lagi positif thinking. Maybe awal sangat aku check kot. 
SO, nak bagi lagi yakin aku buat ujian darah Beta HCG kat klinik tempat aku keje.
Ujian darah semestinya lebih tepat kan.
Result aku dah dapat tadi.



BHCG --- 1.2 mIU/ml.
Bacaan hormon HCG bagi orang yg mengandung sepatutnya purata 75 mIU/ml keatas bila dah missed period. Rujukan disini DR Zubaidi.
sedih memang sedih usaha kali ni x menjadi.
tapi bak kata doktor klinik aku orang yg nak jadi mummy ni perlu kuat. TAk boleh sedih2. Tak boleh nangis kalau usaha tak menjadi.

Plan aku next cycle period aku nak buat iui lagi. atau aku dengar je la apa doktor suggest kan.
Mungkin Allah belum nak bagi rezeki anak lagi kpd aku dan suami.
Sekarang aku tunggu period datang lepas tu nak call LPPKN utk amik temujanji.

atau period x datang boleh ke keajaiban berlaku tetibe BHCG aku naik. UPT tetibe positif. Boleh ke jadi camtu ?
ya allah bantu lah hamba mu ini..


Monday, November 25, 2013

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah


Makanan sunnah yang akan dikongsikan di sini amatlah istimewa. Ini kerana makanan-makanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi, tentang khasiat dan kelebihannya. Subhanallah! Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Firman Allah SWT dalam surah al-An'aam ayat 99:


"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang- mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun- kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - Surah al-An'aam : 99


1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99






Khasiat buah delima:
  • Kaya dengan unsur zat besi.
  • Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia.
  • Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
  • Mengandung potassium yang besar isipadunya.
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
  • Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah.
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.


2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Khasiat kismis:
  • Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."



Khasiat kurma:
  • Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



Khasiat habbatus sauda’:
  • Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim



5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "





Khasiat za’faran / saffron:
  • Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin.
  • Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.



6. Madu

Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.




Khasiat madu:
  • Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
  • Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.
  • Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).


7. Zaitun

Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.

Khasiat zaitun:
  • Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
  • Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.


8. Buah Tiin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Khasiat buah tiin:
Mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
Satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.
Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

KESIMPULAN
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan.

Wallahu'alam

CUTI CUTI MALAYSIA KE LANGKAWI

Alhamdulillah pada 20/11/2013 yg lepas aku, suami dan family belah suami berkesempatan bercuti ke langkawi. sekali tu kira honeymoon ulangtahun perkahwinan la. hihi.
kami pergi naik flight. so cepat la sampai. sebelum pergi itu hari kakak ipar aku dah siap2 booked tempat mnginap dan kereta untuk kemudahan semasa di langkawi. Semasa sampa idi airport kenderaan yg dibooked dah ade. Jadi drive sendiri je la ke mana nak pergi.




sebaik sampai kami pergi check in penginapan dulu di apartment sri lagenda.
then baru la gerak ke dataran Lang untuk minum petang. lepas tu kami pun gerak ke Kompleks Haji Ismail group utk shopping time. Siapa dtg ke langkawi tak singgah ke HIG ni memang tak sah. WAJIB PEGi utk keringkan poket dan borong coklat.













pinggan mangkuk pun ada. aku pun sambar set pyrex bertutup. yang murah2 je. xmampu nak angkut yg mahal.

next day island hopping pulak. suami dan adik2 ipar memang suka sangat la sebab dorang memang suka mandi laut.




kami ke pulau beras basah, tengok helang dan ke tasik dayang bunting.






puas ber island hopping kami gerak pulang ke sri lagenda apartment.
rehat2. then petang ke beras terbakar serta shopping lagi ke idaman suri.
pada hari seterusnya aku dan family ke cable car. ni kali kedua aku naik cable car.best sangatttt. cuaca nyaman dan sejuk.....



last sekali ke dataran lang lagi sebelum pulang.




selamat bercuti2 malaysia..

BERJAYA ATAU TIDAK ?



semenjak dari hari buat iui itu hari fikiran aku dok berfikir je. abis rasa berfikir baca blog para TTCian pulak.
rasa macam bingung aku dok share pulok dengan member kerja. 
aku dok pikir adakah iui aku ni akan berjaya atau gagal?
adakah betul cara aku jaga diri lepas iui itu hari?
aku jadi buntu kekadang 2. macam2 pikir. Kalau x jadi apa lak tindakan aku dan suami ?
adoiii...buntu la haiiii.

hari ni pulok aku dah terkantoi dengan doktor pakar inferteliti kat klinik aku.
tu la aku ni ngade betul makan ubat pagi2 x cover.  x pasal doktor tu tanya makan ubat apa kan.
so, nak x nak kena gak la cerita kan. aku pon terpaksa la bagitau yang aku ni dah ber iui di LPPKN.
apa lagi membebel la orang tua tu tak sudah.
aku tahu di HKL memamng ramai pakar inferteliti yg bagus2 tapi aku ni segan nak selak2 kain depan dorang kan. 
doktor tu cakap rawatan di LPPKN sangat  berbeza dengan HKL sebab LPPKN memang akan decide buat iui walaupun takde masalah hormon. Di HKL pulak doktor akan try bagi clomid dulu dan try pregnant secara natural sehingga clomid beberapa cycle diberikan. Jika tidak berjaya baru lah iui di jalankan.
Tak pasal pagi2 aku kena bebel sebab follow up LPPKN. 

takpe lah doktor next month kalo x menjadi aku akan pikir plan lain pulak.
aku berharap iui kali pertama ni menjadi la kan. 


Sunday, November 24, 2013

happy 2nd anniversary

alhamdulillah. usia perkahwinan aku dan suami dah masuk tahun ke-2 pada 20 / 11 / 2013.
makin bahagia. makin sayang menyayangi.
 loving2 gitu.
macam sekejap je masa berlalu dah dua tahun.
aku bersyukur sangat sebab dapat suami yang sangat baik, penyayang, memahami dan paling penting sentiasa bimbing aku ke arah kebaikan.
dia lah imam ku. moga cinta kita makin bercambah2 dari hari ke hari.
~macam cendawan la plak nak cambah nye kan~
tenkiu abang. 
jom throwback 20/11/2011 saat kita diijabkabulkan.







babang i love u. 

Friday, November 15, 2013

IUI DONE

ALHAMDULILLAH..
aku selamat menjalani prosedur IUI pada 13/11/2013 jam 11.30 pagi. seperti entry lepas aku ade bagi penerangan berkaitan iui ni. 
pada hari itu hanya ada 2 org sahaja utk iui termasuk aku. akak 1org tu dgn DR Ghaffar.
aku sampai awal hari tu. kekonon takut jalan jem. nanti lewat pulak. IUI aku memang akan dijalankan pada 11.30. dh smpai awal so, en suami pun bagi la sperma awal.

sementara tunggu DR H smpai dr putrajaya aku dan suami pegi sarapan kt kantin tingkat 2, lepas dh makan kami lepak je dekat tingkat 6. IUI dijalankan di tingkat 7.

11.00pagi kami naik atas. 11.30 aku dipanggil masuk. Nurse dkt situ bagi penerangan posisi utk IUI. Posisi nya aku perlu baring di hujung katil yg telah dinaikkan sdikit tinggi berbanding bahagian kepala katil. Tak lama lepas tu DR H pun sampai. Aku dah ready. dlm kepala macam pikir, sambil tu berdoa agar usaha aku kali ini menjadi.
Semasa doctor nak masukkan sperma tu nurse suruh aku selawat dan mengucap 2 kalimah syahadah. 
Bagi aku prosedur iui ni sama je seperti HSG itu hari. Tak sakit pun. lepas dah selesai, aku kena rehat di katil selama 20 min. aku congak2 macam tak samapai 20 min pun sebab nurse dah arahkan aku bangun.

lepas tu nurse pesan kat aku boleh berbaby dancing 3hari berturut2. selepas 4 hari aku kena makan duphaston yg doctor bagi itu hari.



kos hari ini

IUI       rm 350.00

11/11/2013 - 2ND FOLLICULAR TRACKING

seperti yg dijanjikan aku kena dtg lagi pada tarikh 11/11/2013 untuk scan folikel. Kali ni  aku dtg sorang je. x bawa suami pon. aku smpai awal. aku pesakit kedua untuk Dr hamizah hari ni. lagipun assitant doc dah pesan suruh dtg awal sebab doctor kena masuk OT hari ini.

kali kedua aku di tvs kan. adoi...pedih gak rasa nye kt bhgn private part tu. hasil scan tadi alhamdulillah ada la 3 folikel matang yg berukuran 17x19, 21x16, 18x19. Doctor kata boleh proceed iui pada hari rabu. Lega hati aku dengar. Suntikan pregnyl 5000iu perlu aku cucuk kt perut pukul 10.00 mlm 11/11/2013. tindakan ubat ini adalah bertujuan utk ovulasi selepas 36jam dicucuk. Maka nya selepas 36jam tersebut iui akan dilakukan.


kos hari ini

rundingan         rm10.00
scan                 rm 20.00
pregnyl x 1       rm 45.60
duphaston x 24 rm 64.80
syringe             rm 0.60

total                 rm 141.00

Monday, November 11, 2013

sesi berfotografi keliling rumah


sejak ada samsung nx 1000 keje aku snap gambar je. xde la pandai pon snap cecantik. so ni hasil produk di tepi rumah aku di kampung. mak aku suruh petik lada dan limau nipis bawa balik. aku lak snap gambar. hihi.

lada purple
lada kuning.
limau nipis


dokong belum masak
limau kasturi
teka serangga apa ni??? hahaha

BFF KAWEN

8/11/2013 itu hari member aku kawen. aku memang suke pergi kenduri kawen. syok tgk orang sanding. aku suka rakam moment indah mcm ni.
salwa yang cantik









member aku ramai yg bakal jadi mommy next year. harap aku dapat menyertai korang di labour room  menjadi mummy.
moga2 menjadi kenyataan.

8/11/2013 Follicular tracking ( tvs scan )

buat kali kedua nya aku dan suami berjumpa dgn DR Hamizah di LPPKN. hari ni doctor buat scan melalui vagina untuk mengesan folikel yg matang. ini pengalaman pertama bagi aku. Takut segan semua ada. tapi aku buat cool je. kekonon berani dan dah ready kan. Hasil scan tersebut folikel yg matang ada 2 je. tu pun dari ovari sebelah kanan. Ovari kiri langsung tidak respon dgn ubatan yg doc bagi itu hari. So memandangkan folikel ada 2 je yg matang doctor x boleh nak proceed iui pada 11/11/13. Dr hamizah mencadangkan aku mngambil satu lagi suntikan gonal f 75iu bertujuan untuk mematangkan folikel sebab untuk iui paling kurang kena ada 3 folikel yg matang. So aku ikut je la arahan doctor. X kan nak bantah pulak. Dengan harapan ada la cukup folikel untuk iui.

kos perbelanjaan hari ni.

rundingan           rm 10.00
tvs scan              rm 20.00
gonal f 75iu         rm 111.40

TOTAL             RM 141.40

Tuesday, November 5, 2013

JALAN JALAN IKEA

Hari ni aku dan suami keluar jejalan ke IKEA. Cadang nye nak beli meja kerja suami. Tapi lain yg dicari lain yg dibeli. hihi. Biasa la tu kan. Aku pulak suka tengok deko deko dekat ikea ni. Cantik bebenor. Suka sangat. Macam cantik je Macam comel je. Nak2 katil baby, almari baju baby dan changing pampers troli tu. BErangan dulu. baby nya belum ada lagi. kalo bab membeli serah pada ku. pandai sgt kalo bab2 boros2 ni.









aku paling suka kaler putih tu. harga pon boleh tahan mahal jugak. 

en suami pulak tukang bawa beg ikea ari ni. hari ni aku byk mood berangan je dlm pikiran. berangan dan berharap sangat kalau cepat2 mengandung dan ada baby. mkin membuak2 angan2 aku ni. 








Kat ikea ni jugak ada jual macam2 jenis bentuk cermin. so, keje aku tengok cermin pastu snap gambar. sekali tu aku pun grab 1 set cermin ni. ada 4 pcs rm49.90 shja. plan nk pasang kt bilik depan utk aktiviti mini gym aku dekat rumah. Senang nak tengok movement badan sndiri. so, nanti baru tmbah semangat bersenam.


macam sarang lebah


aku berkenan yg ni

kalau dtg ikea mesti ada yg teringat pasal meat ball ikea yg yummy yummy tu kan. Tapi aku x merasa pun lagi. Manusia punya la ramai hari ni. so, x kuasa aku nk tunggu lelama semata2 meat ball tu. parking pun payah dapat apatah lagi meat ball. ada kena mngena ke? hahaha..


Sunday, November 3, 2013

SUNTIKAN GONAL F 75iu

hi..
masih lagi entry berkaitan rwtn kesuburan saya di LPPKN Jalan Raja Laut, KL.
kali ni saya nak share pasal suntikan Gonal F 75iu.

Gonal F 75iu ni adalah berfungsi hampir sama dgn hormon manusia hormon FSH. bertujuan untuk merangsang perkembangan folikel dalam pengeluaran ovum pada wanita.

memandangkan bacaan FSH  x cantik so DR hamizah prescribe suntikan ini bg saya disamping pengambilan clomid 100mg.

1st dose sy pada 2/11/2013-mlm tadi. 
mula2 minta suami cucuk kan. tapi asyik main tepis2 je takut sakit. last2 sendiri cucuk kt perut, suami tlg flush ubat masuk. alhamdulillah settle.

before inject sy dh tgk mcm2 video omputih inject ubat ni kt perut.

tatacara suntikan ni sgt mudah. blh buat dekat rumah sndiri. x perlu pergi klinik. antara berani dan tidak je. aku ni nama je nurse inject org blh. tapi nak inject diri sndiri susah beno rasa nya.




1 ) cuci tangan dengan sabun dan kering kan slm sentuh alat suntikan.

2) pasang needle yg kaler pink tu kpd syringe, swab bahagian vial gonal f. kemudian cucuk water injection ke dlm vial. goyang2kan vial. sedut semula water injection+gonal f td ke dlm syringe.

3) tukar needle kpd saiz kecil pula. keluarkan gelembung udara dengan cara mengetuk2 sikit syringe. pastikan titisan ubat berada pada hujung jarum.

2) swab kulit dgn alcohol swab pada bhgn tmpt suntikan ( aku buat kat bhgn perut 2 jari dari pusat. ambil tmpt byk lemak sikit.

3) kemudian picit sedikit kulit beserta lemak di kwsn suntikan. suntikan mesti dilakukan 90 darjah. jarum nya 1/2 inci je. so kena benam semua bhgn jarum.


4) tekan ubat perlahan2.

5 ) beri masa kira 1-10 sebelum tarik jarum keluar.

6 ) tekan perlahan2 dgn kapas pd bhgn suntikan. 

selalu pendarahan jarang berlaku dgn suntikan ini.

selamat 1 dose. tinggal lagi 2 dose nak kena harung. harap selamat semua nya.

kalau ada yang rasa kurang yakin lagi boleh tgk youtube ni cara injection.