Monday, May 23, 2016

37/52 + 4/7. MENANTI KEHADIRAN BABY J.




Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga sekarang.
baby pun membesar bagai johan di usia kandungan 37minggu ni.
tak sabar dah nak jumpa baby walaupun hari2 dia dok ada je dalam perut ni. hihi.
setiap kali bangun pagi mesti nak tunggu baby tendang2 dulu. menandakan baby ok dan sihat kat dalam. kalau tak risau dibuatnya.
braxton hicks dah kerap2 datang. harap2 dalam dua tiga hari ni deliver la.
due 9/6/2016 tapi dah tak larat nak kerja. minta cuti awal pun susah sister saya nak bagi. huhu.
sabar je la.
termengah2 kena gak keje.
minggu lepas masa jumpa doktor dah scan baby skang lebih kurang 3.1kg. 
kalau sampai due date belum bersalin kemungkinan akan di induce. mak aih takutnya la.
hari2 tengok org kena induce kita pulak jadi seram.
ada jugak kawan2 dan doktor dekat tempat keje suruh ceaser je memandangkan precious baby.
dorang tak suggest try normal delivery.
tapi saya tak nak. cuba lah dulu normal kan andai ditakdirkan tak mampu jawab nya baby kena kluar ikut tingkap juga lah.

doa2kan la saya selamat bersalin dan baby sihat.

tq


Wednesday, March 9, 2016

PERANCANGAN ALLAH

Alhamdulillah allah masih kurniakan kesihatan yg baik utk saya. Usia kandungan pun dah mencecah 27weeks. Lama dah x buka laman sesawang ni. Sebab ? ??
haishhhh laptop buat hal plak. 

bila throwback balik sy perasaan mmg cantik sgt2 perancangan allah buat saya dan suami.

dulu masa awal2 kahwin dah rancang nak ada baby cepat2 tapi belum smpai waktu nya.
allah kurniakan saya rezeki dari segi lain dulu. 

1. Dapat suami yg memahami dan baik sgt.
bertuah rasa nya dpt suami yg bantu sy dlm byk perkara. bimbing sy ke arah kebaikan dan ke syurga. serba serbi lengkap.


2.kemudian allah kurniakan dgn dapat peluang sambung belajar dlm bidang kebidanan 1 tahun. mungkin kalo ada anak masa tengah belajar sedikit tertekan dgn pelbagai tugas. itu la perancangan allah.

3. lepas habis belajar, kerja plak kt labour room keje shift plak tu.. saya fikir ya allah takut nya nak keje kt tmpt risiko mcm ni. macam2 hal boleh berlaku. tanggungjawab mkin berat. tapi perkiraan sy salah. makin happy dgn tmpt keje baru. tekanan mmg ada tapi boleh kawal lagi berbanding sblum ni keje di klinik dgn waktu pejabat. keje shift masa makin byk dgn suami wlpun kadang2 weekend sy kena kerja. cuti x tentu. jem kat jalan pun dpt elak sbb keje x sama dgn waktu org lain. happy tengok baby hari2. happy berjaya beranakkan org. 

4. itu hari sebelum tau UPT positif saya dan suami mengalami eksiden. ini gara2 nak pegi bawa kontraktor utk renovate rumah bakal didiami ( skang dh pindah masuk pun )

CIK COZY TERCEDERA
   Stress nya tgk kereta kena langgar. alhamdulillah x sangka disebalik dugaan itu hari berikutnya dikurnikan rezeki yg lebih berharga. syukur sangat.

sekian. sebenornya post ni dah lama draf belum sempat nak edit dan publish. 

banyak benda nak cerita dari awal preggy smpai skang tunggu masa lapang lah ye.

tq