Saturday, November 22, 2014

rindu rindu rindu

alhamdulillah.
dapat lagi buka ruangan luahan hati ni.
lately sibuk sangat.
langsung x sempat nak up apa2 kt laman ni.
blog walking pun x sempat.
teramat rindu rasa nya baca dan jenguk ttc journey rakan2.
seronok tengok ramai yang dh berjaya dengan usaha dan rawatan masing2.
aku belum berhasil.
belum ada usaha yang gigih setakat ni.
asyik tengok assignment.
usia perkahwinan dh 3tahun.
20.11.2011 - 20.11.2014.
benar2 terasa bila tengok keletah si comel.
tapi bukan si comel aku la kan.
si comel di wad bersalin.
terlintas balik kat minda ni nak teruskan rawatan IUI next year.
insyaallah. harap masih ada harapan dengan IUI.
rindu nak jupe DR Hamizah di LPPKN jln raja laut.

tu je nak cakap kali ni.
sambil2 curi masa nak taip assignment.
tq yang membaca cite aku yg x berapa menarik ni.

Friday, July 18, 2014

PENYEJUK MATA HAMBA. PENENANG JIWA.

salam.
sharing sikit.
penenang jiwa hamba.
walaupun baby ni bukan milik ku.
trlampau kasih kan si baby.
sanggup hari2 singgah wad pegi tgk. 
baby ni dah makin bambam.
semua misi2 syg ni.







comei sgt.
hilang stress tgk wajah baby ni.
ksian baby ni under JKM.
mak pak x layak jaga anak.
moga anak ni selamat.
auntie syg awk baby.
baby kalau jadi anak auntie insyaallah 
auntie sanggup 
jaga awk sampai bila2.

p/s : keinginan nak ada anak sendiri makin meluap2.
ya allah mudahkan la urusan ku.

Saturday, June 28, 2014

ANAK OH ANAK

nak sharing story pasal si anak.
anak yang yang aku belai belai selama 2 minggu sepanjang 
aku praktikal di wad Special care neonate ( SCN ).
comel sangat baby ni.
hari pertama aku tengok baby ni kesian 
sangat sbb dia pakai lampin
 disebabkan punggung dia melecet.
alergi pampers.

then, bila aku baca fail baby ni rupa2 nya dia dilahirkan kt tepi tasik s.alam,
ibu nya drug abuse, homeless.
kesian sangat.
dalam hati dah terdetik macam nak amik 
buat anak angkat.
dgn harapan x nak dia menderita hidup 
bergelandangan dgn parent dia.
tapi kepastian tu belum ada.
sbb ramai yang x menyokong.
 the next day, ibu baby ni pun dtg.
bila aku tgk mmg keadaan ibu nya teruk, mcm high lagi dgn dadah.
cara jawab bila nurse tanya pun meleret2 jawab nya,
 paling buat aku tersebak ibu ni beria2 
nak amik anak dia bawa balik.
siap nangis2.

1 minggu dok belai2, kasi susu, ulit2 bagi tido si baby ni.
aku pun nekad nak gi tanya kt pegawai 
kerja sosial perubatan berkaitan si baby samada fit atau tidak duduk dgn si ibu.
jawapan nya si ibu beria2 nak si baby, 
tapi dia xde rumah dgn masalah sosial lagi.
mmg pegawai tu x dapat nak tolong aku amik si baby ni.
jika si ibu tidak layak kemungkinan si baby akan ke rumah kanak-kanak cheras.
adui sedih betul hati ni.

kesian kt si ibu dan si anak.
dgn si ibu ada 3 org anak lagi yg turut samada hidup bergelandangan.
hari ni aku dh terlalu rindu kan si anak.
si anak ni x banyak ragam, cuma kuat menyusu.
2 minggu aku dok tengok dia hari2.
tukar pamper bagai.
tersentuh dh ati aku ni.
bila la allah nak kurniakan aku zuriat,
yang tidak upaya dan daif nya dikurniakan zuriat yg ramai 
sedangkan aku masih menunggu.

ni pic si anak












gugur air mata aku kali ini demi si anak yang tak tahu nasib nya mcm mana lagi ni.
ya allah moga diberikan jalan yang mudah utk si anak n ibu nya.

Saturday, June 14, 2014

Mak Bidan Pelatih

salam kawan2 yang dikasihi.
rindu nak berblogging.
tapi skang masa amat terhad. 
sibuk dengan study.
usaha ber ttc masih diteruskan walaupun masa tgh blaja ni.
sekarang aku tengah belaja bab2 membidankan org bersalin.
actually takut gak.
paling takut part kena gunting n tear bila ibu2 ni bersalin.
paling best tgk baby keluar and nangis sekuatnya.
that sign menunjukkan baby sihat, ok, x flat.
so hari ni aku sharing sikit dgn korang pic2 baby.
setakat ni belum sampai turn aku nak conduct delivery.
itu hari tlg assist doctor pun dah ketaq.











aku check uri complete ke tidak.
apa yg aku rasa macam aku lak yg bersalin.
baby nangis tetiba jadi sebak.
adoi cmne la perasaan ibu2 yg dok buang anak merata tu kan ?
langsung x sedih ke dengar anak tu nangis ?
apa yg aku tgk 2,3 minggu ms praktikal kt wad minggu lepas ada gak la terjupe dengan single mother / unmarried mother.
dorg dah x buang dah tau syg anak.
aku try tnya kot2 x nak anak aku nak ambil.
tp dorg x bagi.
umur masing2 belasan tahun lagi 18, 21, 20.
kebanyakan yg dh terlanjur ni ada yg dh kawin dgn boyfriend dorg.
alhamdulillah ada gak  kesedaran nak kawen tu.
senang2 je dorg preggy
aku n kawan2 yg berttc ni masih jugak belum ada rezeki.


Saturday, March 8, 2014

REZEKI ALLAH ITU MAHA LUAS

 

Bersiaran kembali.
apa khabar rakan semua?
macam mana dengan usaha rakan2 semua? 
ada yang berhasil ke ?
alhamdulillah, tahniah andai ada yg telah berhasil mendapatkan si permata hati.
kalian amat beruntung.
aku dan suami masih bahagia berdua.
si permata hati belum lagi allah turunkan buat kami.

Rezeki allah tu maha luas kan.
belum tiba waktu kami kot.
allah bagi rezeki dari segi lain kot.
itu hari aku tengok ada orang tu anak sampai 6 orang tapi pendapatan bulan rm 1500.
Allah Maha Adil.
walaupun ramai boleh survive sara family.

aku sekarang nak alihkan tumpuan pasal baby2 ni aku bnyk buat aktviti lain.
contoh sekarang ber business online.
actually xde untung banyak mana pun.
tap itu je la cara nak alihkan dari memikir je kan.
nak berkepit dengan suami selalu pun rimas jugak kan.

business yg aku buat sekarang ialah business jual kain cotton dan tupperware brand product.
ada yang berminat boleh jenguk2 la ye link ni

TQ FRiend

Sunday, February 9, 2014

MATLAMAT TERBARU

Salam kawan2 sekalian.
lama dah aku x berbicara di ruang ini.
semenjak aku tamatkan sesi rawatan kesuburan di LPPKN seakan tiada cerita hendak ku khabarkan.
usaha untuk mendapatkan zuriat aku teruskan juga tapi cara natural sahaja.
takde ambil ubat kesuburan apa2 dah.

selepas rawatan itu hari aku dapati berat badan aku makin bertambah2 mungkin akibat hormon.
so, matlamat aku sekarang nak kena turunkan berat bagi kembali ke berat badan ideal.
bukan la nak kurus sangat pun. cukup la sekadar muat unifrom keje aku jadi la.

aku dah kembali ber aerobic di gym dan melakukan aktiviti riadah bersama suami. 
baru 2 kali pergi jogging di tasik seksyen 7 s.alam dengan suami.






kekonon nak jogging 2 pusingan tasik tanpa henti last2 separuh pusingan je dapat. 
selebihnya aku brisk walk. suami jogging la seseorang dia.

hari2 keje isnin-jumaat aku workout di rumah je.
ada la sikit2 kemudahan bersenam di rumah, crosstrainer dan dumbbell.




aktiviti senam banyak aku tengok kt youtube je.
mudah. follow je dorang workout.
alhamdulillah usaha keras seminggu ada berhasil sikit.
aku nak kena bakar banyak lagi ni.
harap berhasil. mana tahu dengan penurunan berat badan ni dapat capai matlamat yg lagi satu tu

lastly aku nak share dengan korang picture aku dengan Doktor cantik ni. agak2 kenal x siapa dia.


DR Dayana isteri kepada dot dot dot...

sesungguhnya doktor ini baik sangat orang nye.
itu hari dia ada buat housemanship 1 minggu kt klinik aku.
so, dpt la snap gambar dengan dia.
tgk dia jadi geram kt suami dia.
sakit hati smpai terbawa2 dlm mimpi.
mimpi suami aku lak buat perangai gitu.
minta dijauhkan.




Saturday, January 11, 2014

TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

hi kawan2.
apa khabar semua?
actually tak tau nak update entry apa.
just nak cerita dgn korang sikit2 je.
macam entry lepas aku ada beritahu aku rehat sebulan utk rawatan kesuburan di LPPKN.
nampaknya aku kena rehat 1 tahun la
sebab aku dapat tawaran sambung belajar diploma lanjutan kebidanan.
nak jadi mak bidan pulok aku ni.
so, aku dah pun discuss dengan suami dia pun setuju aku sambung belajar.
sebenarnya aku dah apply course ni last year lagi utk intake sesi 24/3/2014 ni.
so, dah dapat alhamdulillah. kalau aku tolak tawaran ni nanti lagi 2 tahun baru boleh apply pulak.
bukan senang nak dapat.

aku rasa mungkin allah nak bagi rezeki aku gi belajar dulu. and mungkin one day allah akan bagi aku rezeki anak pulak.
aku sekarang dalam persiapan fizikal dan mental untuk pergi study balik.
dah dekat 5 tahun aku tinggal kan kolej kot.
harap otak aku  tak berkarat lagi.
masih boleh di polish ilmu2 yang ada.
sememangnya aku dah dari awal kerja lagi aku plan nak further study.
tapi bukan dalam bidang kebidanan.
perancangan allah maha hebat dari perancangan aku.
bila dah belajar kebidanan ni confirm kena sambut baby lahir, kena buat episiotomi and jahit epi.
silap hari bulan aku yang pengsan masa ibu2 nak bersalin.
hihihi..

jikalau aku pregnant la sebelum gi belajar aku boleh cancel kan tawaran belajar ni.
tapi suami aku cakap pergi je la belajar dulu.
kalau allah bagi rezeki pregnant nanti baru pikir nak berhenti belajar ke tidak.

dalam masa yang sama aku dan suami x berhenti berusaha secara natural untuk dapatkan baby.
amalkan pemakanan seimbang dan sunnah serta makan madu.

Sunday, January 5, 2014

PHOTOS OF THE DAY.


Time is gold.

















location : PLAZA GM KLANG
KEDAI PALING BANYAK JUAL JAM YANG CANTIK2 NI

Saturday, January 4, 2014

BERURUT DENGAN MAK JAH

Salam readers...
hari ini aku ke seksyen 7 shah alam untuk berurut. tukang urut tu nama nya mak jah.
ini kali kedua aku pergi berurut dengan dia.
ramai orang yang nak anak macam aku jumpa die berurut dan berjaya hamil.
contoh paling dekat rakan suami aku sendiri la.
ini adalah sebahgian usaha yang aku lakukan buat masa ini.
Mak jah ini lembut je orang nya. Urut pun lembut, x sakit, tapi geli sikit la. aku jenis tak tahan geli. hihi.
Memandangkan aku nak berurut unuk zuriat jadi dia urut perut sahaja dekat bahagian rahim tu.
sambil dia urut dia borak2 dengan aku dan berselawat semasa nak naikkan peranakan aku.
Semasa urut tu juga Mak Jah beritahu juga amalan2 untuk hamil.
Contohnya, makan madu campur telur ayam kampung 3 suku masak tiap2 hari untuk suami isteri. Tapi aku tak pernah buat pun. Aku tak berapa lalu dengan telur ayam kampung ni.
Mak jah jugak pesan supaya bersedekah tak banyak sikit pun jadi. 
Selain tu, Mak Jah kata dia ada juga jual Madu Ruqyah. Ramai orang ambil. Aku cakap aku dah ada beli madu hari tu, tapi aku ni kalau dah suggest memang ku beli punya. Harga rm 45.00. 
Memang aku beli pun. 


cara makan
masukkan 2 sudu makan madu ke dalam air suam guna sudu plastik.
kacau sebati.
baca al-Fatihah, selawat, 3 Qul, beberapa ayat penerang hati / ayat ruqyah kepada air madu tadi.
selain itu, melalui pembacaan aku boleh jugak kita baca surah al-nahl ayat 69










Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


ini madu iran aku beli rm12.00

aku plan nak bagi akak aku madu iran ni.
bayaran kepada mak jah adalah atas ikhlas kita je.
kalau ada yang nak dapatkan perkhidmatan berurut unuk zuriat ataupun selepas bersalin boleh call no mak jah ni
019-3997063,
blok 55, tingkat 4, no rumah 412, seksyen 7 shah alam.
kalau berminat kena call masa hari pertama period sebab mak jah akan suruh datang pada hari ke-5 atau ke-6.

aku mengharapkan segala usaha yang aku lakukan ini membuahkan hasil.