Tuesday, August 11, 2015

BERLARI LARIAN

alhamdulillah..tahun ni dah berjaya 2 running event. 
itu hari 9 to 5 run di putrajaya. 
yang baru2 ni 2, 3 hari lepas Asean unity run di padang merbok KL.
dua2 pun saya dan suami join fun run 5km je.
tak mampu lari lebih2. kang kejang tak pasal naik ambulance.
hihi.

dah lama sebenarnya nak join benda2 mcm ni tapi baru skang berjaya pujuk suami.
suami dia malas nak ikut skali.
last2 sy paksa dia ikut sy skali. so nak paksa tu kena la daftar skali.
alhamdulillah berjaya berlari larian ke tepian bersama suami utk kedua2 event.

1st event 9 to 5 run di putrajaya. seawal jam 7.00 dah smpai kt putrajaya utk berkumpul dan lari 5km. terasa jauh juga 5km ni. apatah lagi kalo amik yg 10km kan. pengsan...



yang penting dapat medal dan sijil


2nd event asean unity run kat padang merbok.
masa nak datang ke sini memusing juga cari parking dan lokasi berkumpul tu. sbb banyak jalan tutup. smpai tahap give up suami ckp kalo x jumpa2 juga kita balik je la.
sy pun ckp ok balik pun balik la. padahal dalam hati geram nya la.
alhamdulillah jupa gak lokasi nya.
fun run 5km ni memang best sebab trek larian tu lalu kat dataran merdeka.
tak pernah kot lari2 kat sini. semangat giler masa ni. siap lari2 tinggalkan suami kat belakang. padahal time tu dah mengah. ramai juga yang bawa anak2 lari sekali.
seronok je tengok. walaupun dorang kecil lagi tapi semangat kuat. malu sy dengan dorang.



muka excited tengok bangunan sultan abdul samad ni

lepas bakar kalori lebih kurang 700kcl.
dengan yakin nye saya dengan suami menambah kembali kalori pekena roti canai special di selangor mansion.
best giler..
1st time try.





next running event 
larian sehati sejiwa. ini pun best tapi tak dapat sertai sebab masa ni nak gi sarawak jalan2 dengan family suami.
insyaallah saya & suami dah register utk event lari2 seterusnya BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON FUN RUN 5KM juga.

jom lah kita sama2 sihat. pedulikan cakap2 orang bila kita exercise je mula cakap kau bukan gemuk pun beria2 nak exercise.

kurus boleh jadi gemuk.
sihat pun boleh jadi sakit.
so sementara sihat jom jaga kesihatan.

jangan lupa kawal pemakanan.

tq for reading.











1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)