Friday, September 23, 2011

HPV INJECTION

hi....
i wanna to talk about hpv vaccine today...
tetibe speaking kheen....ngada betol..
sapa dh pernah ambil suntikan hpv ni?sila angkat kaki....
sapa tahu pasal tujuan pemberian suntikan hpv nih??
xtau gak??..
ok takpe takpe..mai aku bagi info ckit berkenan suntikan nih..
aku bkn la pakar tp sekadar ingin berkongsi info je..
lagi pun aku dh dh pernah ambil suntikan hpv nih.3 dose selesai dgn jaya nya.



 sekarang kerajaan sedang giat memperkenalkan Vaksin HPV melalui iklan2 di tv , radio & pelbagai cara lagi. Sebagai wanita, mesti teruja untuk mengetahui kebaikan suntikan vaksin HPV ini. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai Vaksin HPV ni:-

  •  Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.
  • Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.
  • Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
  •  Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
  • Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

kalo korang rasa nk dapat kan suntikan vaksin hpv ni 
blh la berkunjung ke klinik,hopital kerajaan mahupun swasta yang menyediakan perkhidmatan ini..
tapi kena bayar la...
setakat ni kerajaan hanya menyediakan secara percuma kepada remaja berusia 13 tahun shaja. yg lain2 kena amik secara berbayar.

anggaran harga kalo xsalah 300-1200 untuk 3dose.
aku punya murah ckit la 1st & 2nd dose rm 136/dose, 3rd dose rm55.80.
aku kenal ngn supplier GSK for cervarix,so,harga pn murah la...
injection aku srh akak kt klinik aku tlg inject kan..

so,aku nasihat kan korg yg belum kawen ambil la suntkan hpv bagi mencegah kanser servik..
sbb aku tgk stp hari ade je patient dgn kes cancer cervix datang kt klinik aku.
aku pn jd takut..

sekadar ingin berkongsi..

2 comments:

Mohd Mat said...

Hai.Boleh dapatkan email.saya ad nk tanya beberapa soalan.tq

miz idza said...

Ini email saya mercy_idza87@yahoo.com.