Saturday, January 4, 2014

BERURUT DENGAN MAK JAH

Salam readers...
hari ini aku ke seksyen 7 shah alam untuk berurut. tukang urut tu nama nya mak jah.
ini kali kedua aku pergi berurut dengan dia.
ramai orang yang nak anak macam aku jumpa die berurut dan berjaya hamil.
contoh paling dekat rakan suami aku sendiri la.
ini adalah sebahgian usaha yang aku lakukan buat masa ini.
Mak jah ini lembut je orang nya. Urut pun lembut, x sakit, tapi geli sikit la. aku jenis tak tahan geli. hihi.
Memandangkan aku nak berurut unuk zuriat jadi dia urut perut sahaja dekat bahagian rahim tu.
sambil dia urut dia borak2 dengan aku dan berselawat semasa nak naikkan peranakan aku.
Semasa urut tu juga Mak Jah beritahu juga amalan2 untuk hamil.
Contohnya, makan madu campur telur ayam kampung 3 suku masak tiap2 hari untuk suami isteri. Tapi aku tak pernah buat pun. Aku tak berapa lalu dengan telur ayam kampung ni.
Mak jah jugak pesan supaya bersedekah tak banyak sikit pun jadi. 
Selain tu, Mak Jah kata dia ada juga jual Madu Ruqyah. Ramai orang ambil. Aku cakap aku dah ada beli madu hari tu, tapi aku ni kalau dah suggest memang ku beli punya. Harga rm 45.00. 
Memang aku beli pun. 


cara makan
masukkan 2 sudu makan madu ke dalam air suam guna sudu plastik.
kacau sebati.
baca al-Fatihah, selawat, 3 Qul, beberapa ayat penerang hati / ayat ruqyah kepada air madu tadi.
selain itu, melalui pembacaan aku boleh jugak kita baca surah al-nahl ayat 69










Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


ini madu iran aku beli rm12.00

aku plan nak bagi akak aku madu iran ni.
bayaran kepada mak jah adalah atas ikhlas kita je.
kalau ada yang nak dapatkan perkhidmatan berurut unuk zuriat ataupun selepas bersalin boleh call no mak jah ni
019-3997063,
blok 55, tingkat 4, no rumah 412, seksyen 7 shah alam.
kalau berminat kena call masa hari pertama period sebab mak jah akan suruh datang pada hari ke-5 atau ke-6.

aku mengharapkan segala usaha yang aku lakukan ini membuahkan hasil.

12 comments:

Unknown said...

sy dh lebih hari ..dah cd10 ..kena pegi next peiod la cmni ek

idzaidah said...

a'ah dhia suhana kena tgu next period la.

Unknown said...

assalamualaikum...saya nak tanya berapa bayaran untuk sekali urut dan ada nombor untuk saya hubungi tak kalau nak cuba berurut.sebab selepas pantang saya tak urut selepas gugur dulu.

idzaidah said...

Byrn ikut ikhlas kita. Tapi slalu nya kalo urut perut shja untuk dptkn zuriat sy slalu bagi rm30. Kalau urut 1 badan rm50. Atas kita nak bagi berapa. No mak jah ade kt atas tu.

Unknown said...

da berjaya ke skg?nak cuba jgk dgn mak jah

Unknown said...

da berjaya ke skg?nak cuba jgk dgn mak jah

Suhada Sani said...

terima kasih idza.. mmg mencari number makjah ni.. tapi kebanyakkannya tanak bagi number.. terima kasih

Suhada Sani said...

terima kasih idza.. mmg mencari number makjah ni.. tapi kebanyakkannya tanak bagi number.. terima kasih

idzaidah said...

sama2. stakat ini sy blm berjaya lagi.

Unknown said...

tq admin..saya da try call. :)

Anonymous said...

berjaya tak?

Fiza Nurani said...

sis dah dapat baby ke ?