Saturday, January 11, 2014

TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

hi kawan2.
apa khabar semua?
actually tak tau nak update entry apa.
just nak cerita dgn korang sikit2 je.
macam entry lepas aku ada beritahu aku rehat sebulan utk rawatan kesuburan di LPPKN.
nampaknya aku kena rehat 1 tahun la
sebab aku dapat tawaran sambung belajar diploma lanjutan kebidanan.
nak jadi mak bidan pulok aku ni.
so, aku dah pun discuss dengan suami dia pun setuju aku sambung belajar.
sebenarnya aku dah apply course ni last year lagi utk intake sesi 24/3/2014 ni.
so, dah dapat alhamdulillah. kalau aku tolak tawaran ni nanti lagi 2 tahun baru boleh apply pulak.
bukan senang nak dapat.

aku rasa mungkin allah nak bagi rezeki aku gi belajar dulu. and mungkin one day allah akan bagi aku rezeki anak pulak.
aku sekarang dalam persiapan fizikal dan mental untuk pergi study balik.
dah dekat 5 tahun aku tinggal kan kolej kot.
harap otak aku  tak berkarat lagi.
masih boleh di polish ilmu2 yang ada.
sememangnya aku dah dari awal kerja lagi aku plan nak further study.
tapi bukan dalam bidang kebidanan.
perancangan allah maha hebat dari perancangan aku.
bila dah belajar kebidanan ni confirm kena sambut baby lahir, kena buat episiotomi and jahit epi.
silap hari bulan aku yang pengsan masa ibu2 nak bersalin.
hihihi..

jikalau aku pregnant la sebelum gi belajar aku boleh cancel kan tawaran belajar ni.
tapi suami aku cakap pergi je la belajar dulu.
kalau allah bagi rezeki pregnant nanti baru pikir nak berhenti belajar ke tidak.

dalam masa yang sama aku dan suami x berhenti berusaha secara natural untuk dapatkan baby.
amalkan pemakanan seimbang dan sunnah serta makan madu.

Sunday, January 5, 2014

PHOTOS OF THE DAY.


Time is gold.

















location : PLAZA GM KLANG
KEDAI PALING BANYAK JUAL JAM YANG CANTIK2 NI

Saturday, January 4, 2014

BERURUT DENGAN MAK JAH

Salam readers...
hari ini aku ke seksyen 7 shah alam untuk berurut. tukang urut tu nama nya mak jah.
ini kali kedua aku pergi berurut dengan dia.
ramai orang yang nak anak macam aku jumpa die berurut dan berjaya hamil.
contoh paling dekat rakan suami aku sendiri la.
ini adalah sebahgian usaha yang aku lakukan buat masa ini.
Mak jah ini lembut je orang nya. Urut pun lembut, x sakit, tapi geli sikit la. aku jenis tak tahan geli. hihi.
Memandangkan aku nak berurut unuk zuriat jadi dia urut perut sahaja dekat bahagian rahim tu.
sambil dia urut dia borak2 dengan aku dan berselawat semasa nak naikkan peranakan aku.
Semasa urut tu juga Mak Jah beritahu juga amalan2 untuk hamil.
Contohnya, makan madu campur telur ayam kampung 3 suku masak tiap2 hari untuk suami isteri. Tapi aku tak pernah buat pun. Aku tak berapa lalu dengan telur ayam kampung ni.
Mak jah jugak pesan supaya bersedekah tak banyak sikit pun jadi. 
Selain tu, Mak Jah kata dia ada juga jual Madu Ruqyah. Ramai orang ambil. Aku cakap aku dah ada beli madu hari tu, tapi aku ni kalau dah suggest memang ku beli punya. Harga rm 45.00. 
Memang aku beli pun. 


cara makan
masukkan 2 sudu makan madu ke dalam air suam guna sudu plastik.
kacau sebati.
baca al-Fatihah, selawat, 3 Qul, beberapa ayat penerang hati / ayat ruqyah kepada air madu tadi.
selain itu, melalui pembacaan aku boleh jugak kita baca surah al-nahl ayat 69










Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


ini madu iran aku beli rm12.00

aku plan nak bagi akak aku madu iran ni.
bayaran kepada mak jah adalah atas ikhlas kita je.
kalau ada yang nak dapatkan perkhidmatan berurut unuk zuriat ataupun selepas bersalin boleh call no mak jah ni
019-3997063,
blok 55, tingkat 4, no rumah 412, seksyen 7 shah alam.
kalau berminat kena call masa hari pertama period sebab mak jah akan suruh datang pada hari ke-5 atau ke-6.

aku mengharapkan segala usaha yang aku lakukan ini membuahkan hasil.